6 Tarikan Menarik Di Pameran Attack on Titan : The Final Yang Pertama Di Kuala Lumpur!

TERKINI
May 03, 2024 - 01:21 PM


Shinzou wo Sasageyo! Itulah cogan kata yang begitu dekat dengan peminat manga mahupun anime terkemuka global, Attack On Titan. Selepas menjelajah di beberapa buah negara, Pameran ‘Attack on Titan : The Final’ kini tiba di Malaysia!

Inilah waktunya bagi peminat karya Hajime Isayama Sensei untuk mendalami dan melihat dengan lebih dekat dunia Attack on Titan. Jom kita saksikan apa yang menarik di Pameran Attack On Titan : The Final Exhibition yang bertempat di Fahrenheit88.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rileklah (@officialrileklah)

Recap Attack on Titan

Attack on Titan atau AoT ini menceritakan kisah protagonist Eren Yeager, Mikasa Ackerman dan Armin Arlet berlatarkan dunia di mana manusia terpaksa tinggal di bandar yang dikelilingi oleh tembok besar demi keselamatan mereka daripada humanoid kanibal gergasi yang dikenali sebagai Titan.

Berjaya menonjolkan sisi manga yang berbeza, AoT berjaya menarik minat dari pelbagai pelusuk negara sehingga berjaya mencatat jualan lebih 140 juta salinan seluruh dunia.

Tarikan di Pameran Attack on Titan : The Final

1) Pilihan di tangan anda

Pada awal pengembaraan, pengunjung akan diminta untuk memilih sama ada untuk bersama mereka yang ‘Di Dalam Tembok’ atau  bersama mereka yang ‘Di Luar Tembok’. Sekaligus, sekaligus anda bakal menjadi sebahagian dunia AoT.

 2) Terdapat lebih 180 barang pameran

Selain dari jalan penceritaan, inilah waktunya untuk anda melihat dengan lebih dekat pameran yang menampilkan lebih 180 keping replika manuskip manga AoT. Secara tidak langsung, anda dapat menyelami sudut pandang pencipta karya ini sendiri iaitu Hajiyama Sensei dari terbitnya idea penghasilan sehingga penamat.

Look yang ditampilkan untuk pameran ini memang cukup menarik, jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar mahupun merakam video. Siap ada beberapa "life-size" Titan tau! Selain itu terdapat beberapa kostum, props dan diorama pertarungan yang cukup memukau!

3) Tayangan Pertempuran Titan Yang Epik!

Jangan lepaskan peluang untuk mennyaksikan semula pertempuran Titan yang cukup epik dia pawagan mini 2D yang dilengkapi dengan prop 3D. Memang real habis feeling-nya! 

4) Aktiviti Interaktif buat pengunjung

Sebelum memulakan pengembaraan, setiap pengunjung akan diberikan satu 'misi' untuk mengumpul cop di 9 stesen yang tersedia. Setiap stesen menampilkan segmen mahupun tema yang berbeza! 

Setelah kesemua cop berjaya dikumpulkan, setiap kadet yang ‘tamat latihan’ akan diberikan 3 pilihan sama ada untuk sertai Rejimen ‘Scouts’, ‘Garrison’ ataupun ‘Military Police’ sebelum dianugerahkan dengan sijil kehormat sebagai tanda tamat latihan. Best kan!

5) Kafe Kolaborasi 

Setelah selesai mengembara dunia AoT, jangan lepaskan peluang untuk isi perut anda di kafe kolaborasi yang menampilkan menu khas bertemakan Pameran Attack on Titan : The Final di Kuala Lumpur!

6) Barangan Rasmi & Photobooth

Tidak lengkap kunjungan anda jika pulang dengan tangan kosong. Inilah peluang anda untuk dapatkan merchandise rasmi pameran AoT. Pelbagai barangan yang menarik seperti pocket file, tuala muka, t-shirt dan banyak lagi!

Photobooth bertemakan AoT pun ada! Jadi jangan lepaskan peluang untuk snap memori anda bersama insan tersayang! 

Tiket pameran hanya bernilai RM 55 dan boleh didapati melalui Ticket2U dan juga Incutix.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda layari laman web rasmi Pameran Attack on Titan : The Final atau ke laman sosial rasmi pameran di Facebook mahupun Instagram.

Destination: