"Kami Beragama Islam" - Geng Bertopeng Bagi Ayam Percuma Jawab Persoalan Netizen

TERKINI
May 03, 2024 - 11:39 AM


Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki yang memakai topeng mengagihkan ayam secara percuma di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tindakan tersebut telah mendapat pujian ramai namun tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tentang status ayam yang diberikan memandangkan soal halal amatlah dititikberatkan oleh penganut yang beragama Islam. 

@xyzteamproject

1st Mission : Bagi 100 ayam free (Halal) next location kami akan update esok

♬ original sound - XYZMISSION

Terkini ,menerusi satu hantaran video di TikTok, kumpulan yang dikenali sebagai ‘XYZMISSION’ itu membuat pengakuan mengenai status kumpulan mereka. Selain itu, mereka turut memaklumkan tujuan kumpulan itu ditubuhkan. 

“Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InshaAllah kami akan tolong lebih ramai orang. Doakan kami. 

"Kami bukan influencer, kami bukan selebriti, kami bukan siapa-siapa. Tujuan kami menubuhkan kumpulan ini dalam identiti bertopeng adalah untuk membantu orang tanpa mereka kenali siapakah diri kami. 

“Kami sama sekali tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anda. Cukuplah dengan mendoakan kami agar dimurahkan rezeki supaya kami dapat membantu lebih ramai orang.

“Kami juga akan bantu dengan apa yang kami mampu lakukan. Kami akan update lokasi untuk memberikan bantuan berikutnya di platform ini (TikTok),” jelas wakil kumpulan bertopeng itu.

Pada akhir video itu, mereka mengumumkan akan meneruskan misi memberi bantuan dan akan mengemas kini lokasi untuk mengagihkan bantuan. Setelah selesai melakukan misi, mereka juga akan meninggalkan topeng di setiap lokasi bantuan tanda ‘misi telah selesai’. 

@xyzteamproject

Kami semua beragama Islam dan bangsa melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami🤲

♬ original sound - XYZMISSION

 

Sumber: TikTok

Destination: