Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah Bakar Anak Kucing Hidup-Hidup

TERKINI
May 03, 2024 - 03:13 PM


Seorang remaja lelaki yang tular membakar seekor anak kucing hidup-hidup didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap haiwan tersebut.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz, tertuduh yang berusia 13 tahun yang merupakan pesalah juvana itu mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Memandangkan tertuduh merupakan pesalah juvana, mahkamah menetapkan 27 Jun ini bagi laporan akhlak Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, remaja itu bersama-sama dengan dua lagi yang masih bebas didakwa secara kejamnya menyebabkan kesakitan terhadap seekor kucing dengan membakar kucing tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan tempat letak kereta di sebuah blok, Pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pukul 1.08 tengahari pada 22 April lalu.

Justeru pertuduhan pendakwaan dikemukakan mengikut perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak JKM.

ā€œKes ini sangat serius kerana melibatkan kesalahan penganiayaan terhadap binatang selain ia nelibatkan kes berkepentingan awam,ā€ katanya.

Bagaimanapun ibu tertuduh yang berusia 30 tahun merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Destination: