Yaashwin 'Si Manusia Kalkulator Malaysia' Buat Juri Asia's Got Talent Melopong!



Nama Malaysia harum lagi di pentas ‘Asia’s Got Talent’ apabila seorang remaja berusia 15 tahun berasal dari Kuala Lumpur, Yaashwin Sarawanan berjaya membuat para juri tercengang dengan kepintarannya membuat pengiraan pantas dan tepat.

Kecekapan remaja tersebut yang digelar sebagai ‘Human Calculator’ menghitung dan mencongak angka dengan mudah tanpa menggunakan sebarang alat bantuan telah memikat hati ketiga-tiga juri tetap rancangan berkenaan iaitu David, Anggun dan Jay Park.

Hasilnya, Yaashwin berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya! Syabas, bro!

Semua penonton di studio dan juga netizen nyata kagum dan mengucapkan tahniah kepada remaja pintar itu kerana berjaya mengangkat nama Malaysia di pentas Asia!

Korang tengok sendiri kehebatan Yaashwin ini, sampai juri pun pening dan tak percaya! Hahaha...

Sumber: Asia’s Got Talent & Yaashwin