Hidup Tak Selalu Indah. Dari Pelajar Cemerlang Kepada Tercorot, Dari Doktor Perubatan Lelaki Ini Memilih Agent Takaful




Sebuah perkongsian dari Faiz Najmi, Hidup ini bukanlah seperti apa yang kita sangka. Langit tak selalu cerah. Ada masanya kita perlu sedar hidup ini berubah dari masa ke semasa. Apa yang di rancang belum tentu ianya boleh terjadi. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari perkongsian ini. 

Beliau dahulunya pelajar cemerlang SPM namun menjadi tercorot di peringkat universiti. Beliau adalah bekas doktor perubatan dan kini adalah agen takaful.

1. Aku ni taklah super pandai sangat, tapi waktu SPM aku dapat straight A dan CGPA aku pun 3.90+ gitu tak ingat sangat. Ada budak yg pointer lagi hebat daripada aku, semuanya budak perempuan dalam batch aku semasa di MRSM Taiping dulu. Kiranya dalam kategori lelaki, aku paling pandai ah, cuma tak pandai macam bebudak perempuan batch aku. Diorang tere! Senang kata aku ni bukan pelajar terbaik, tapi way above average lah jugak.

2. Aku dah tahu aku nak jadi doktor perubatan. Dengan result trial SPM aku yg ala-ala cemerlang, aku boleh 'demand' nak belajar di luar negara. Antara pathway yg ada masatu termasuk UK, Ireland, Australia, Russia. Boleh saja nak pilih yg paling berprestij tapi aku kan suka tempat rare dan cepat jadi doktor, so aku pilih la Russia. Enam tahun je berbanding tempat lain 7-8 tahun.

3. Aku takde pengalaman kerja atau travel solo lagi masatu. Takde gap year apakemende tu. Takde gap langsung, waktu cuti sekolah lepas SPM pun belajar juga, belajar memandu. Lepas habis memandu, terus masuk foundation course INTEC belajar situ pulak. Lepas graduate INTEC 6 bulan lepas keputusan SPM diumumkan, aku terus terbang ke Russia bawah naungan MARA. Pergh... memang aku belajar non-stop. Seolahnya aku tahu apa yg aku nak dalam hidup. Seolahnya aku mampu tawan dunia.

4. Mulalah kisah di Russia. Terkejut beruk culture shock aku baq ang! Tempat belajar bukan seperti yg aku jangka. Kampus buruk, hostel buruk, kelas buruk, fasiliti buruk, orang Russia perangai buruk, admin & dean's office teruk, cikgu tak pandai English, dalam kelas aku susah gila nak faham. Kan kat Malaysia belajar selalu dapat handout/spoonfeeding. Sampai Russia semua perlu buat sendiri! Senior pun belum ramai lagi masatu, dan mereka pun masih terkapai-kapai lagi.

5. Gila tak terkejut. Masa tu dahlah dengan pengalaman kena kejar & pukul skinhead, kena rompak, kena tipu tiket kapalterbang. Banyak jugak mini exam yg aku gagal, padahal aku budak pandai dulu kot!! Tahun pertama aku kat sana memang adjustment period. I was really struggling, and thinking of quitting all the time. Daripada budak pandai masa di sekolah, kepada jadi pelajar tercorot masa di universiti. It was really very humbling.

6. Sejak dari tu aku memang berazam nak lulus je dalam exam. Tak payah cemerlang sangat, lulus je. Mampus aku tak lulus jadi dropout - banyak nak kena bayar balik MARA oh!! Mana aku ade duit! Jadi kebanyakan exam aku dapat B atau C saja, A tu dapatla jugak tapi tak selalu. Dari pelajar cemerlang MRSM jadi pelajar biasa-biasa je di Medical Academy.

7. Di Russia banyak aku belajar realiti, cabaran & pancaroba alam dewasa. Kawan-kawan dan senior banyak membantu. Walaupun pelajar Malaysia tak ramai, tapi kami kenal sesama sendiri dan agak rapat. Kami pelajar Malaysia berkampung di kawasan hostel, tak pernah dengar pelajar Malaysia di Nizhny Novgorod sewa kat luar hostel universiti.

8. Aku mula develop my travel game pun masa belajar medik di Russia jugak. Pantang cuti semester mesti keluar Eurotrip. Aku kan pelajar corot masa tu, jadi ada masa lapang aku bukan ulangkaji sangat, aku berkawan dengan budak-budak Russian, Africa, Arab, India, Sri Lanka, Mauritius yg turut berkampung di situ. Kadang aku melepak kat kawasan uni lain yg pelajar Malaysian lain tak tahu aku melepak situ. Kadang pegi dating. Kadang main volleyball sampai 11pm sebab summer sana waktu siangnya panjang. Kadang main benda lain. Kadang aku buat nakal sikit tapi takyah cerita lah.

9. How the mighty had fallen. Jadi tiktok tiktok aku pass jugak sampai graduate. Aku dapat ijazah biru (blue diplome) - tanda aku ni average. Ada kawan-kawan aku yg lain dapat ijazah merah (red diplome) - tandanya graduate with first class (budak genius). Aku memang dah diberitahu Russian medical graduates akan mempunyai masalah adjustment dalam dunia kerja di Malaysia.

10. Balik Malaysia aku dapat posting HKL sebagai houseman. Kawan-kawan aku dapat hospital lain serata Malaysia. Walaupun ada sindiran sinis daripada doktor senior bahawa Russian medical graduates tidak kompeten, I adapted surprisingly better than expected. Aku ikut saja sistem yg ada, belajar betul-betul mana yg aku tak tahu. Ada lah jugak sedikit air mata 2-3 bulan pertama... (Sindiran doktor tak kompeten ni bukan kena pada Russian medical graduates saja, ada pakar perubatan dari UK pun disindir tidak kompeten. Walhal ia hanyalah kerana graduan luar negara masih tak biasa dengan sistem Malaysia). Aku habis housemanship dua tahun tepat, tak perlu extend mana-mana posting, takde amik MC pun.

11. Kawan-kawan aku yg bijak pandai dari medical school yg graduate dengan ijazah merah (red diplome), mereka didapati tidak pandai menguruskan stress di tempat kerja (bukan semua). Ada yg psikotik, ada yg meroyan hari-hari, ada yg terus berhenti masa posting pertama, ada yg kena extend lama gila di dalam satu posting sebab kurang kompeten. Ada yg masih tak pandai buat prosedur asas seperti intubasi, short & long CVL insertion, chest tube insertion, abdominal tap sebagainya... Ya, mereka ni budak bijak tau! Masa tu aku sangat bersyukur jadi budak average with good stress management.

12. Jadi alkisahnya lepas habis 4 tahun compulsory service sebagai MO di Kementerian Kesihatan, aku pun quit dan jadi agen takaful full time. Ramai orang menyangka aku quit jadi doktor sebab aku stress kerja doktor. I was actually quite enjoying it. Cuma perlu ingat, berhenti kerja untuk menceburi profession lain adalah satu keputusan yg besar. Kalau kau ada 'single factor' saja sebagai penyebab tukar kerja memang bodoh. Bertukar kerja perlu multifactorial, perlu ada push and pull factors.

13. Banyak sebab aku masuk bisnes takaful & unit trust ni - antaranya dapat membantu rakan menguruskan kewangan mereka, menasihat cara berhikmah, belajar berdiplomasi, belajar menang sikit mengalah sikit, belajar komunikasi, belajar networking & meningkatkan daya leverage. Kesannya sangat positif ke atas aku - financial freedom, time freedom, freedom of movement. Travel the world selalu. Alhamdulillah syukur.

14. Yalah, awal-awal dulu mesti ibubapa tak setuju, belajar teruk-teruk kerja elok jadi doktor pastu nak jadi agen takaful... gila ke apa?! Tapi aku dah kira risiko vs pulangan, aku dah buat roadmap dan strategi, aku dah ada vision untuk dicapai 5-10 tahun. Lama-lama diorang ok jugak akhirnya. Perjalanan hidup daripada SPM sampai sekarang ni, aku tak pernah menyesal. Whatever good or bad thing happened to me for the past 14 years, it needed to happen. It was really humbling but that's why I could make tough decisions to be where I am now.

15. Senang kata beginilah kesimpulannya. Apa-apa yg kau capai dalam SPM atau Universiti tidak menentukan kejayaan & kebahagiaan dalam hidup. As you grow, your priorities differ. Apa-apa bidang yg kau masuk, kena sentiasa ada semangat nak belajar. Semua ni continuous learning process, belajar sehingga hujung nyawa. When you stop learning, it's a sign you're dying (dying inside or dying from the business itself)

16. Aku bukan bangga sangat jadi doktor. Title doktor perubatan tu penuh tanggungjawab yg berat sehinggakan kalau boleh tak mahu dikenali sebagai doktor perubatan. Ramai yg cuba menggelarkan aku doktor takaful, doktor travel, doktor duit, doktor insurans, dan sebagainya (untuk tujuan pemasaran) tapi aku tak selesa gunakan title itu. Orang panggil aku doctor pun aku rasa janggal, kerana aku bukan doktor perubatan lagi dah. Memang berprestij jadi seorang doktor, but it comes with a great responsibility.

17. Budak pandai tak semestinya perlu jadi doktor, samada doktor perubatan atau PhD. Banyak lagi field of knowledge yg memerlukan budak pandai. Kalau semua budak pandai masuk jadi doktor, jenuh punah habis negara terchinta ini kalau bidang politik, ekonomi, pentadbiran dikuasai golongan tak berapa pandai!

18. Demikianlah konfesi seorang budak pandai SPM straight A, belajar teruk beruk jadi doktor pastu last-last jadi agen takaful jugak akhirnya... dan lama juga aku menduda 😂😂😂

Gambar hiasan belajar kat Russia.