Melancong Ke Langkawi? Ini 5 Tempat Paling Popular Untuk Di Lawati

Pulau Langkawi merupakan salah satu pulau yang tercantik di Malaysia. Malah Langkawi juga merupakan destinasi pelancongan paling popular di Negara ini. Terletak jauh di utara, untuk ke Langkawi anda ada 2 cara, salah satunya boleh melalui flight dan satu lagi boleh memandu ke Kuala Perlis dan juga Kuala Muda. Seterusnya, anda harus menaiki ferry ke Pulau Langkawi yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 45 minit.

Banyak kelebihan dan tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di Langkawi ni. Bagi percutian keluarga juga amat sesuai. Ok disini saya kongsikan beberapa tempat menarik yang anda wajib lawati jika datang ke langkawi. 

Langkawi Cable Car

Cable car di Langkawi juga merupakan salah satu aktiviti dan tempat wajib anda pergi. Permandangan Gunung Mat Cincang yang superb pastinya membuat mata anda terpukau. Selain itu, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang cable car di Langkawi ni.

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kabel ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit (atau 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi). Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan Laut Hindi, Laut Andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas. Kereta Kabel ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama, yang jauhnya 1700 meter, terletak pada ketinggian 650 meter, dan disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kabel yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.

Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang.

Harga Tiket :

  • Dewasa : RM30 (Berserta Mykad)
  • Kanak-Kanak: RM22 (Berserta Mykad)

Waktu Operasi: 9.30 am – 7.00 pm

Tel : +60 4-959 4225

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

Photo Credit: Skye Photography

Photo Credit: @wooly.ventures

Gunung Mat Cincang

Bagi mereka yang suka aktiviti mencabar, anda boleh sertai aktiviti mendaki gunung Mat Cincang. Gunung ini merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Di atas gunung ini terletaknya Air Terjun Telaga Tujuh. Untuk sampai ke puncak ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja bergantung kepada kecergasan anda. Bila sampai di puncak anda dapat saksikan kenapa air terjun ini di namakan Telaga Tujuh. Pesanan saya sila berwaspada semasa di gunung ini sebab disini banyak monyet-monyet liar yang berminat dengan barangan anda.

Sky Bridge

Sky Bridge merupakan salah satu jambatan paling unik di Dunia. Untuk ke sini anda boleh menaiki Cable Car. Manariknya Sky Bridge ini yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.

Harga Tiket : Termasuk dengan harga tiket Cable Car

Waktu Operasi : Isnin – Khamis (10 am – 6 pm) | Jumaat – Ahad (9.30 am – 7.00 pm)

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

Photo Credit: @decilbolang

Taman Burung Langkawi Bird Paradise

Taman Burung Langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002. Disini juga didiami oleh 2500 burung eksotik yang terdiri daripada 150 spesies burung yang berlainan. Lebih menarik taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter. Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

Harga Tiket (Berserta Mykad) :

  • Dewasa RM21
  • Kanak-kanak RM14
  • Warga Emas (60thn) RM14

Waktu Operasi : Setiap Hari(8.30 am – 6.00 pm)

No Tel : +604 966 5855

Email :wildlifeplanet@gmail.com

Lokasi : Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah