Tip Selepas Bercuti atau Melancong

TRAVEL
July 03, 2017 - 03:02 PM


Selamat hari raya. Mungkin di waktu ini masih ramai lagi yang masih dalam "mood raya" jadi nak mulakan kerja setelah lama berehat agak lemau. Tip kali ini mungkin anda boleh praktikkan selepas bercuti panjang tak kira selepas hari raya atau pun selepas melancong. 

Pergi melancong memang best tapi apa yang tak bestnya adalah selepas habis bercuti perlu masuk kerja kembali. Kebanyakkan pasti akan buat status FB seperti “bosan”, “tak semangat”,  “tak puas bercuti dan macam-macam lagi. Cuti tetap cuti kerja tetap kerja. Tanpa kerja kita mungkin tak dapat perbelanjaan untuk bercuti. Jadi nak tak nak kena lah kerja.

Kebiasaanya apabila pulang dari bercuti nak mulakan kerja tu adalah part yang paling susah. OK kali ni kita tengok apa yang mungkin dapat membantu menaikkan mood kembali selepas bercuti.

 

 

#1- Bersihkan Meja Kerja atau Work Station

 

Sebenarnya hari pertama kerja kita masih dalam mood cuti, hanya badan kita saja yang masuk ke pejabat tapi otak dan pemikiran kita masih seronok merasi & menikmati udara segar dengan pemandangan yang indah serta keseronokan bersama orang tersayang di tempat percutian yang baru saja kita pergi. Jadi mood itu perlu ditukar secara perlahan-lahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah cuba buat-buat rajin. Kemas & bersihkan work station kita. Kadang kala bos meletakan kertas-kertas yang bertimbun sewaktu ketiadaan kita di pejabat. Jadi kita perlu ketepikan dan susun semua kertas-kertas tersebut agar kita ada ruang untuk menukar mood semula.

 

 

#2- Buat To Do List

 

Bila lama meninggalkan kerja kita pasti lupa sampai mana kerja yang telah kita tinggalkan. Jadi ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan satu persatu kerja yang perlu kita buat semula. Tulis apa saja kerja walaupun tidak mengikut turutan. Dapatkan maklumat rakan sekerja dan bos apakah ada lagi kerja yang perlu kita selesaikan. Cara ini memudahkan kita mengingat kembali apa kerja yang kita tinggalkan dulu sebelum pergi bercuti. Teknik ini juga akan menampakan yang mana satu perkara paling penting dan perkara kurang penting untuk kita selesaikan terlebih dahulu.

 

 

#3- Set Masa

 

Mungkin kita ada appointment dikala selepas kita balik bercuti. Cuba set masa semula berapa waktu yang perlu diambil untuk menyelesaikan satu kerja. Jika kita sememangnya tiada mood kerja cuba untuk hubungi semula orang yang kita hendak jumpa. Set semula waktu perjumpaan di hari lain. Tak guna jumpa jika kita tidak ada dalam prestasi terbaik.

 

 

#4- Buat Tugasan Ringan Dulu

 

Sebabkan mood kita tidak sampai pun 50% untuk bekerja. Jadi cara untuk tidak menjatuhkan lagi mood ini dan menaikannya semula maka cuba untuk melakukan perkara atau tugasan yang mudah dahulu. Cara ini dapat menarik kembali mood kerja kita yang  belum pulang dari tempat percutian :)

Tips ini mungkin lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri. Kerana bekerja sendiri tiada tekanan dari mana-mana pihak. Walaubagaimanapun jika bos anda seorang yang sporting mungkin ia juga sesuai untuk anda.

Itulah sedikit tip yang boleh dikongsikan hari ni. Aku ni pun siapkan artikel ni kat office. Bos belum masuk jadi boleh lah tulis apa yangterlintas dalam fikiran aku ni.