Ingin Menabung Tetapi Sentiasa Gagal? Ini Cara Yang Paling Berkesan

GAYA HIDUP
July 26, 2017 - 10:15 AM


“Menabung untuk simpanan hari tua”. Ungkapan ini selalu kita dengar sejak dari usia kecil lagi dan nilai menabung sudah diterapkan di dalam diri anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Namun apa yang berlaku apabila kita meningkat dewasa? Mampukah kita mempraktikkan nilai-nilai menabung?

Jawapannya, ya ataupun tidak. Lihat sahaja statistik yang dikeluarkan berapa ramai rakyat Malaysia yang muflis seawal umur 30-an? Itu belum lagi dikira dengan segala jenis hutang daripada pembiayaan kenderaan, kad kredit, pendidikan dan lain-lain lagi. Jika kita mengetahui cara menabung yang betul dan berkesan sejak dari awal lagi, sudah pasti perkara sedemikian tidak akan berlaku dalam kehidupan kita.

Bagi memastikan kehidupan pada hari tua menjadi mudah dan senang kita seharusnya merancang dengan bijak untuk menabung dan mengurus mengenai hal-hal kewangan bermula sekarang. Tidak dinafikan kita mempunyai simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi adakah wang tersebut cukup untuk membiayai perbelanjaan selepas pencen? Tahukah anda cara-cara menguruskan wang KWSP dengan betul? Bagaimana cara-cara untuk mengeluarkan duit tersebut? Ianya bukan satu perkara yang amat mudah. 

Sementara itu terdapat juga antara kita yang cuba melabur atau menabung melalui berhutang tapi akhirnya gagal disebabkan oleh kegagalan untuk membayar hutang dan seterusnya mengalami kerugian. Oleh yang demikian, untuk daripada kerugian kita perlu mendalami ilmu melabur atau menabung bagi mengelakkan kerugian dan lebih parah lagi penipuan. Kaedah di bawah adalah antara tip yang berkesan untuk menyimpan untuk anda yang selalu gagal dalam menabung. Tip ini dilihat berkesan untuk simpanan bagi jangka masa yang panjang.

 

EMAS SEBAGAI ASET

Emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil pada jangka masa yang panjang. Sejak berabad lamanya, emas merupakan sumber kekayaan yang sangat didambakan. Emas sentiasa menjadi matawang utama global, satu komoditi, objek kecantikan dan pelaburan. Emas adalah bahan yang sangat unik dan ia memainkan peranan yang amat penting dalam kesejahteraan kewangan anda.

Adakah anda tahu bahawa emas adalah salah satu daripada beberapa komoditi yang boleh mengekalkan nilainya semasa kegawatan ekonomi?

Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas akan naik semasa kegawatan ekonomi. Sebab itulah emas adalah kaedah penyimpanan paling ideal sekiranya dijadikan simpanan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya tempoh dua hingga lima tahun)

Melihat kepada perkembangan ekonomi terkini, Bank Muamalat telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan produk Muamalat Gold-i. Hal ini disebabkan oleh permintaan daripada pelanggan Bank Muamalat dan juga orang ramai untuk membeli dan menyimpan emas sama ada dalam bentuk fizikal atau akaun sebagai simpanan alternatif selain daripada membeli emas perhiasan. Justeru, sekiranya anda mempunyai lebihan wang simpanan, anda boleh membeli emas bermula sekarang untuk meningkatkan lagi  potensi keuntungan simpanan anda pada masa akan datang.

 

PERBEZAAN NILAI EMAS PERHIASAN AND NILAI AKAUN EMAS

Tahukah anda harga emas perhiasan atau barang kemas adalah lebih tinggi daripada akaun emas dan emas fizikal? Selain itu emas perhiasan adalah terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini biasanya dibuat daripada emas 916 (91.60% tulen) atau kurang berbanding emas fizikal (99.99% tulen) dan akaun emas yang berasaskan emas tulen atau fine gold (99.99%) yang dijual oleh Bank Muamalat. Tambahan pula, kos upah emas perhiasan juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa. Di samping itu, adalah penting untuk anda memahami syarat jualan balik atau nilai “buyback” iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut bagi memastikan pelanggan mendapat keuntungan yang sewajarnya atau sekurang-kurangnya mendapat harga setara dengan harga belian.

 

TEMPAT SIMPANAN YANG SELAMAT

Pembelian emas fizikal memang menarik di sebabkan pelanggan boleh memiliki dan memegang emas yang dibeli. Walau bagaimanapun, emas fizikal memerlukan penjagaan dan penyimpanan khusus supaya emas tersebut tidak mengalami kecacatan, kecelaan dan hilang.

Kini pelanggan tidak perlu lagi risau dengan emas yang dibeli hilang atau rosak kerana pelanggan boleh memilih untuk membeli emas secara akaun iaitu Akaun Muamalat Gold-i. Melalui Akaun Muamalat Gold-i, emas yang dibeli oleh pelanggan akan disimpan dengan pihak bank tanpa sebarang caj simpanan yang membebankan.

 

BERWASPADA DENGAN SKIM-SKIM EMAS

Disebabkan oleh permintaan terhadap emas adalah tinggi mutakhir ini banyak skim-skim pelaburan dan perniagaan emas telah ditawarkan oleh peniaga-peniaga emas serta syarikat-syarikat yang tidak berdaftar yang menjanjikan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada dengan skim-skim yang ditawarkan lebih-lebih lagi skim yang bercorak “multi level marketing” yang memerlukan individu mencari pelanggan bawah “downline” yang ramai bagi mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat. Seterusnya terdapat juga segelintir peniaga-peniaga emas yang menggunakan menggunakan hadis lemah (dhoif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.

Dengan produk Muamalat Gold-i sama ada dalam bentuk fizikal atau akaun anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada skim tersebut dan mengelak daripada tertipu dengan pihak-pihak yang suka memanipulasi untuk kepentingan diri sendiri kerana model perniagaan ini bersandarkan polisi bank dan mendapat pemantauan oleh Bank Negara Malaysia.

 

MENGELAK DARI UNSUR RIBA

Seperti yang sedia maklum, emas merupakan salah satu daripada barang ribawi, maka syarat untuk melaksanakan akad jual beli adalah sangat ketat supaya tidak berlaku riba. Jual beli dan pelaburan emas perlu dilakukan secara lani atau “on the spot” iaitu penyerahan harga atau emas tidak boleh dilakukan secara tangguh. Justeru, dengan  Muamalat Gold-i kita sudah boleh menghindarkan diri daripada unsur-unsur riba kerana Muamalat Gold-i adalah produk emas yang mematuhi keperluan Syariah. 

Kesimpulannya, emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang dan cara penyimpanan yang selamat serta patuh Syariah. Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan Muamalat Gold-i sekarang juga untuk pelaburan masa depan anda!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.muamalat.com.my

 

MUAMALAT GOLD-I

Apakah yang dimaksudkan dengan Muamalat Gold-i? Adakah suatu cara menabung yang berkesan? Jawapannya adalah ya.

Ramai dalam kalangan kita sudah mula menyimpan dengan kaedah menggunakan emas dan dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil pada hari ini hanya simpanan melalui emas sahaja merupakan  cara dan kaedah penyimpanan yang amat berkesan untuk simpanan masa hadapan.

Muamalat Gold-i adalah produk simpanan dan jual beli emas yang patuh Syariah kerana ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai pasaran komoditi logam berharga. Keuntungan pelanggan adalah melalui kenaikan harga emas daripada harga asal pembelian emas tersebut.

 

Ciri-ciri MUAMALAT GOLD-i adalah seperti berikut:

Ketulenan Emas

99.99%

Kategori Emas 

a) Emas Fizikal (MG-i Physical)

b) Akaun Emas (MG-i Account)

Matawang

Ringgit Malaysia (RM)

Denominasi Emas Fizikal

5g,10g, 20g, 50g dan 100g

Akaun Emas

Minimum 1 gram atau nilai emas RM10

 

Perhatian: Muamalat Gold-i tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.