Produk Terkemuka Untuk Bayi, Chicco Buka Flagship Store Terbaru Di Midvalley Megamall

July 13, 2018 - 11:11 AM


Diasaskan pada 1958 oleh Pietro Catelli di Itali, Chicco merupakan salah satu produk terkemuka untuk bayi di seluruh dunia dengan cawangan di lebih daripada 50 buah negara.

Selain itu, Chicco bukan sahaja mempunyai produk yang memenuhi keperluan untuk bayi seperti barangan mandian dan penjagaan kulit, malah produk Chicco merangkumi kereta bayi, katil, alat bantuan membesar, fesyen bayi, mainan bayi dan banyak lagi.

Apa yang membuatkan ramai ibu bapa yakin dengan produk-produk keluaran Chicco adalah Chicco dengan konsisten menekankan aspek kualiti dan fungsi sesebuah produk selain aspek keselamatan, teknologi dan juga stail fesyen melalui kajian yang dijalankan di Osservatorio Chicco Baby Research Center - sebuah pusat kajian yang khusus untuk meningkatkan pengetahuan terhadap bayi antara 0-3 tahun. 

Di pusat kajian ini juga segala keperluan sosial, psiko-fizikal serta emosi bayi akan dititikberatkan.

Di Malaysia, cawangan Chicco boleh didapati di beberapa pusat beli belah terkemuka seperti One Utama, Sunway Velocity, Suria Sabah, Imago Kota Kinabalu, Vivacity Kuching, Bintang Megamall Miri dan penambahan terkini di Midvalley Megamall.

Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru di Midvalley, Chicco mengadakan beberapa promosi dan antaranya ialah pemberian hadiah misteri kepada 100 pengunjung terawal pada setiap hujung minggu dalam bulan Julai. 

Kempen ini akan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad di bulan Julai bermula pada 7 Julai 2018 sehingga 29 Julai 2018.

Untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut; anda haruslah

  1. Menjadi 100 pelanggan pertama yang datang ke Flagship store Midvalley
  2. Like Facebook Page Chicco Baby Malaysia dan IG chiccomalaysia
  3. Redeem hadiah misteri

Mudah kan?

Nak tahu apa yang anda boleh menang? Kena kunjungi Flagship Store Chicco Midvalley okay?

Yang penting hadiah bernilai LEBIH dari RM100 boleh dimenangi. 

 

Untuk maklumat lanjut, boleh didapati di Facebook rasmi Chicco :

Atau di Instagram : chiccomalaysia

Jangan lupa like dan follow ye!