6 Tip Untuk Kekal Sihat Dan Fit Di Bulan Puasa Serta Berseri Di Hari Raya

GAYA HIDUP
May 21, 2018 - 06:30 PM


Sedar tak sedar, dah berapa hari seluruh umat islam memulakan ibadat puasa. Banyak aktiviti yang mungkin terhad bagi sesetengah orang. Kemudian prestasi kerja pun akan terjejas bagi mereka yang bekerja. Maklumlah ramai yang mula lesu sebab tak sempat sahur lah, makan terlalu banyak semasa bebuka puasalah. Macam-macam lah lagi. 

Ok sempena bulan puasa dan raya yang bakal menjelma ni aku nak bagi sedikit tip untuk korang kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan. Seterusnya nampak berseri dan fit di hari raya nanti. 

Ramai yang memberi alasan sebab puasa tak boleh bersenam dan gi gym. Hello puasa tu bukan penyebab kita jadi lesu yer. Tu dah memang alasan orang malas. 

Aku dulu pun bila puasa nak gi gym waktu siang memang rasa malas. Takut dahaga lah apa lah. Then nak gi waktu pagi kerja pula. Pastu takut penat sebab tak leh makan dan minum kan. Dalam hati tak apa lah kita pergi malam. Tiba-tiba lepas buka puasa terus badan jadi malas. Nak solat maghrib pun dah liat inikan pula nak gi gym. Memang tak lah!

Ok ini tip bagi korang yang nak sentiasa cergas dan sihat sepanjang bulan puasa. 

1. Supplemen tambahan bagi menambah diet dan menyediakan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino yang boleh hilang atau tidak mencukup semasa berpuasa. 

Lagi satu badan kita ni memerlukan vitamin untuk pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. 

Banyak je suplemen tambahan yang di jual kat luar sana. Terpulang kat korang lah nak pilih yang mana satu. Sebagai contoh korang boleh cuba  Flavettes Effervescent Glow. Hanya perlukan 1 tablet sahaja setiap hari untuk boost kulit wajah yang berseri di dalam dan luar. 

Selain tu korang kena buat 5 tip lain yang boleh membantu kekal sihat dan fit di bulan puasa dan hari raya nanti.

Sekadar makan suplemen sahaja tak mencukupi beb,

Flavettes Effervescent Glow jenis Solube. Senang nak minum. Perisa Oren jadi pilihan sebab sedap.

2. Lakukan senaman ringkas maklumlah bila puasa ni kita cepat rasa mengantuk. Senaman ringkas boleh membantu perjalanan darah dengan baik. 

3. Dapatkan tidur yang mencukupi. Setiap hari tubuh kita memerlukan 7-9 jam tidur sehari bagi menambah penghasilan hormon serta hormon stress dapat dimetabolisme. Tahukah anda tidur yang kurang boleh membuatkan keinginan untuk makan bertambah. Dengan tidur yang berkualiti membolehkan hormon di dalam tubuh kita mengisi semula segala tenaga yang di perlukan untuk melalui hari-hari dengan lebih lebih baik. Dan kulit wajah juga akan kelihatan lebih berseri-seri. 

4. Pastikan makanan sahur dan berbuka berkhasiat. Elakkan makan makanan pedas dan masin semasa bersahur. Sebab ianya boleh membuatkan badan kita cepat dehydration. Nak lagi berkesan boleh ambil Flavettes Effervescent Glow selepas sahur. 

Flavettes Effervescent Glow juga merupakan supplemen tambahan 3 in 1. Ianya mengandungi 3 formula yang di perlukan oleh tubuh iaitu Vitamin C untuk menyokong penghasilan kolegen, Glutathione membantu penyahtoksin dalam badan dan membantu mencerahkan kulit, dan Vitamin E bertujuan untuk melindungan dan memulihkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Secara keseluruhannya, sifat antioksidan membantu melawan radikal bebas yang menyerang kulit kita seperti pencemaran, rokok, tekanan, sinaran UV dari matahari yang menyebabkan penuaan dan sistem imun yang lemah.

5. Amalkan minum 6-7 gelas air masak. Waktu puasa banyakkan minum air masa semasa bersahur dan waktu malam lepas berbuka. Air masak boleh membantu kulit kita berseri di samping membantu proses penghadaman yang baik.

6. Kalau jenis yang terlebih rajin tu boleh pakai mask sebelum tidur. Aku guna mask based on aloevera atau cucumber. boleh beli kat Watson atau Guardian. Tapi tu bila aku rajinlah. Kadang-kadang kalau penat sangat aku tidur terus jer. 

Ok itu 6 tip yang korang boleh cuba sepanjang bulan Ramadah ini. Barulah di hari raya ini korang akan nampak berseri seri. Semoga ianya bermanfaat. 

Matlumat Lanjut: