Olympus Pen E-PL9 Kamera Mirrorless Sesuai Buat Mereka Yang Aktif Di Media Sosial

GAYA HIDUP
May 01, 2018 - 12:13 PM


Berita baik buat mereka yang aktif di media sosial yang inginkan gambar-gambar meletop dan bagaikan gambar dari jurugambar profesional tu ini masanya untuk anda cuba Olympus Pen E-PL9 hasil dari penambahbaikkan model terdahulu iaitu Olympus Pen E-PL8. Olympus Pen E-PL9 memfokuskan untuk ke tahap profesional sebagai jurugambar dari Olympus Pen E-PL8 yang hanya untuk mereka yang baru berjinak -jinak dalam dunia fotography.

Model terbaru ini juga sangat "user friendly" terutama bagi mereka yang sudah terbiasa menggunakan smartphone sebagai kamera. Dengan lens yang boleh di tukar mengikut kesesuaian menunjukkan inilah masanya untuk influencer atau mereka yang aktif di media sosial maju setapak lagi dalam bidang photopgraphy. Baru lah gambar di media sosial korang tu cantik-cantik. Kata nak jadi instafamous. Lagi-lagi korang yang suka travel dan fesyen tu. Memang kena guna kamera yang berkualiti.

Dengan Olympus Pen E-PL9 banyak ciri-ciri baru yang telah di-upgrade untuk mendapatkan visual yang lagi menarik dan berkualiti. Untuk video pula Olympus Pen E-PL9 tersedia dengan kualiti 4K lebih kurang 30fps (approx 100Mbps). Lagi satu bagi mereka yang suka ambil shoot untuk time lapse atau slow motion videos up to 120fps, albeit at 720p resolution. Aku suka guna time-lapse untuk shoot matahari terbenam. Cantikk!! Lagi-lagi kalau pergi Bali.

Ciri asal juga dikekalkan untuk mereka yang sukakan gambar low light. Ni biasa untuk ambil gambar pada waktu malam. Kita perasan kamera smarphone memang susah untuk nak dapat gambar terbaik di waktu malam. Jadi inilah gunanya kamera Olympus Pen E-PL9. Processor dari kamera Olympus memang antara yang terbaik untuk mengahsilkan gambar menarik untuk low light. Boleh kata memang tak leh lawan lah kamera lain.

Auto-fokus juga boleh di-adjust mengikut kehendak pengguna. Dan yang penting ianya lebih wide-angle sehingga 121-AF-point array. Macam mana nak laraskan auto-fokus? Ha senang je Olympus Pen E-PL9 ni kamera mirrorless jenis LCD dan touch screen. Just tekan je kat LCD mana-mana bahagian yang korang nak fokuskan. 

Built-in flash juga tersedia. Dan paling aku suka nak pegang kamera ni cukup selesa. Kira dia punya grip tu memang grip lah. Lupa nak bagitau, awal-awal tadi aku ada mention kamera ni memang sesuai untuk mereka yang aktif di media sosial jadi semestinya ia datang dengan sistem Bluetooth dan penyambungan Wi-Fi. Untuk mereka yang advance ada juga AP (Advanced Photo) mode. 

Olympus Pen E-PL9 kini boleh di dapatkan di pasaran dengan harga RM3,199. Nak beli online boleh. Siri baru ini juga datang bersama 3 warna iaitu putih, hitam dan coklat. 

Kami dah guna Olympus Pen E-PL9 secara "hands on" dan ini  point yang kami boleh bagi selepas menggunakan kamera ini.

  • Senang untuk di gunakan (frienly user)
  • Rasa macam profesional photographer
  • Ciri-ciri yang ada pada Olympus Pen E-PL9 sangat ohsem biasa boleh di dapati dekat kamera lain cuma kamera lain lebih mahal.
  • Lense yg ringan begitu juga kamera
  • Lebih style di datangi dengan aksesori yang menarik 
  • Grip! Senang nak pegang
  • Kamera palstik tapi berkualiti
  • Button damn nicely ar...
  • Screen LCD yang boleh di ubah2. yang ni senang nak ambil gambar dari angle bawah atau atas
  • Fungsi touceh screen yang banyak membantu terutama dalam touch AF, shutter, menu navigation dan image playback.
  • Versatile menu dengan hanya tekan button OK
  • Wi-Fi connection tip top dan sistem Bluetooth yang menjimatkan bateri

Dan... Banyakk lagi.... Nak cerita memang tak habis lah, jadi korang kena rasa sendiri. Cuma apa yang boleh kami katanya dengan Olympus Pen E-PL9 anda boleh menikmati gaya hidup anda dengan lebih style. Sesuai juga untuk di bawa travel dan mereka yang sukakan fesyen. Dengan Olympus Pen E-PL9 gaya OOTD (outfit of the day) ada pasti lebih ohsem. 

Tip untuk beginner boleh guna AP mode (Advance Photo) untuk jadikan gambar lebih menarik!

Ok kami akan kongsikan satu lagi ciri baru yang menarik untuk Olympus PEN E-PL9 iaitu AP. Untuk AP mode korang boleh gabungkan 2 shoot gambar dalam satu gambar. Yang ni kira korang nak ada background lain dalam gambar lain (Multiple Exposure). Boleh tengok kat video youtube yang kami kongsi kan di bawah. Selain dari gambar Multiple Exposure, melalui AP mode juga korang boleh ambil gambar Panorama. 

Contoh gambar Multiple Exposure!
Contoh gambar Panorama

Okay ini lagi beberapa contoh gambar-gambar yang di ambil menggunakan kamera Olympus PEN E-PL9! Nampak macam pro je kan.

Info Lanjut: