‘Budak Flat’ Dapat Tontonan Lebih 1 Juta Di Youtube, Ini Cerita Sebenar Sebalik Budak Flat…

GAYA HIDUP
February 05, 2018 - 03:06 PM


Sembang-sembang Rileklah merupakan satu segmen yang kitorang perkenalkan untuk dijadikan saluran kepada artis, influencer, ahli sukan dan ramai lagi lah yang akan dipanggil nanti.

Dalam segmen ini, memang tak cover punya. Nak cerita masalah, tak puas hati dengan netizen, gossip semua ada.

Jadi untuk episod pertama, kitorang berjaya pujuk Rapper yang mendapat jolokan ‘Tupac Malaysia’ iaitu Aman Ra. Kalau nak ikutkan, Aman Ra ni banyak keluarkan lagu dan jugak berkolaborasi dengan artis lain. Terbaru dengan Haqiem Rusli dengan lagu ‘Jatuh Bangun’.

Disebabkan segmen kitorang ni agak santai, Aman Ra ade lah kongsi sedikit sebanyak info yang sebenarnya kitorang sendiri pun tak tahu. Memang itulah objektif yang kita cari dalam segmen ni sebenarnya, kita nak tahu apa yang orang lain tak tahu pasal artis jemputan kita.

Untuk episod pertama, Aman Ra ada jawab soalan-soalan yang kami letakkan bawah topik sosial, kerja, sejarah dan juga hobi.

Dalam sesi sembang-sembang ni jugak kitorang dapat tahu yang Aman Ra ni peminat kereta rupanya dan sedikit sebanyak beliau ada ceritakan ‘feel’ dia bila dapat tahu lagu ‘Budak Flat’ dah dapat lebih daripada 1 juta tontonan.

 

Jom tengok sesi sembang-sembang penuh dekat sini :

 

Oh, oh, alang-alang tulis pasal Aman Ra ni, dengar cerita ada lagu baru… ‘Ye Dowh’. Tapi sebelum korang dengar lagu YeDowh tu, fikiran korang kena terbukak sikit, memang lirik dia agak ‘heavy’, tapi penuh dengan maksud tersirat... 

Dan tak lupa juga kepada myBurgerlab Sea Park atas tajaan lokasi dan makanan best...!