‘Chucky’ Akan Ada Hadir Dalam Siri ‘Child’s Play : The TV Series

GAYA HIDUP
June 27, 2018 - 12:40 PM


Kalau korang rasa Anabelle itu tak cukup seram, ini mungkin berita gembira buat penggemar movie seram/thriller ni. Mengimbau balik kenangan zaman dulu-dulu, sebelum adanya Anabelle, sebelum adanya Valak.

Anak patung berhantu ikonik, ‘Chucky’ nampaknya akan comeback dengan cerita bersiri di kaca TV korang.

Berita ini bukanlah khabar angin. Sebabnya, pereka dan producer francais ‘Chucky’ ini sendiri iaitu Don Mancini telah mengesahkan kesahihan berita tersebut melalui GIF di akaun Twitter beliau.

 

Menurut satu laporan portal hiburan, siri berkenaan akan mengandungi 8 episod dan setiap episode berdurasi selama 1 jam. Tajuk yang dipilih adalah ‘Child’s Play : The TV Series’. Walaupun belum ada detail mengenai siri berkenaan, beberapa info penting yang kami dapat adalah ianya bukanlah versi ‘reboot’ kerana jalan cerita siri berkenaan adalah berkaitan dengan 7 filem Child’s Play sebelum ini.

Tapi, apa yang menarik suara Chucky dalam filem original masih dibawakan oleh Brad Dourif.

Kita tunggu ajelah ‘kedatangan’ Chucky di kaca TV ye, Aj menjangakakan, ia mungkin siri hasil kerjasama dengan Netflix. Tapi kita tunggu ajelah nanti.