10 Petanda Menunjukkan Anda Bakal Di Berhentikan Kerja!

GAYA HIDUP
October 12, 2017 - 06:10 PM


Jangan begitu selesa dengan kerja korang sekarang ni. Siapa tahu, mungkin selepas bertahun bekerja pun korang masih lagi dalam situasi genting diberhentikan kerja sebegitu sahaja. Sebelum korang menggelabah jika diberhentikan kerja sebegitu sahaja, baik korang lihat 10 tanda-tanda ini. Bos korang sudah pasang niat tu untuk pecat korang

 

 

1. Beban kerja dikurangkan, terlampau sedikit

 

Kerja banyak salah, kerja sedikit pun salah. Mengikut satu temubual dengan penulis Dan Schawbel bersama Men's Health Magazine, jika kerja terlampau sedikit korang mungkin berada dalam situasi terancam. Boleh jadi supervisor korang ringankan beban sebagai persiapan untuk korang dibuang kerja. Kalau kerja banyak, nanti lepas korang pergi mesti kerja akan tertangguhkan?

 

 

2. Kena kritik, kritik, kritik

 

Prestasi kerja korang tu adalah satu titik ukuran yang paling senang sekali untuk dilihat. Jika korang rasa diri berada dalam keadaan sering kali diberi komen yang negatif, mula lah berfikir bagaimana untuk betulkan keadaan atau beredar. Paling teruk jika majikan berikan korang performance improvement plan, itu sebenarnya adalah strategi untuk korang beredar dari kerja.

 

 

3. Asyik meeting dengan majikan je

 

Korang pergi hadap majikan apabila dipanggil meeting tak fikirkan apa-apa pun. Ingatkan ianya adalah satu perkara biasa, tetapi jangan tertipu. Kalau majikan korang mula bertanyakan "apa perasaan awak mengenai kerja?" Mula lah untuk berpeluh kerana ini petanda dia sedang memikirkan untuk membuang korang.

 

 

4. Office mates berperangai pelik hadapan korang

 

Sebenarnya ada banyak tanda-tanda yang korang sendiri boleh nampak dan nilai sebelum diberi notis berhenti. Cuba korang perhatikan gelagat pekerja satu office, adakah mereka sering kali melarikan diri ? Cakap pun tak berapa sangat? Mungkin mereka sebenarnya sudah dimaklumkan oleh boss mengenai situasi korang. Korang je yang tidak tahu menahu lagi.

 

 

5. Manager baru masuk

 

Walaupun manager lama korang cakap, sistem tak akan berubah dan rentak kerja masih sama walaupun sudah bertukar ketua, jangan mudah sangat la percaya pada janji. Dalam banyak kes terdahulu, manager baru tidak ngam dengan pekerja lama dan ianya membuatkan mereka bertindak untuk membentuk atu team yang baru dengan pekerja-pekerja yang disukai sahaja.

 

 

6. "Saya syorkan awak pergi bercuti"

 

Bos korang bertimbang rasa lah kalau berikan korang cuti selepas tamat projek mega. Masalahnya di sini ialah korang dinasihatkan untuk bercuti sewaktu musim yang sedang terlalu sibuk. Jika korang diminta untuk bercuti sewaktu company sedang sibuk, itu bermaksud yang kedudukan korang tidak lah berapa penting dalam organisasi. Fikirkan, majikan tidak akan sebodoh itu untuk biarkan pekerja terbaik yang mereka harapkan untuk bercuti sewaktu diperlukan. Jika ini berlaku, mula lah untuk sediakan plan improvement.

 

 

7. Gol projek korang berubah

 

Mungkin ianya kedengaran seperti satu improvement plan, tetapi cuba perhatikan kembali adakah majikan korang mula meletakkan target yang begitu tinggi sehingga tidak mampu untuk korang capai? Mustahil sekali untuk aim dan itu bermaksud yang majikan korang sudah mula merancang untuk melepaskan korang.Gol dan matlamat yang tidak realistik adalah salah satu petanda.

 

 

8. Jarang sekali dapat update company

 

Kalau dulunya korang pasti akan dapat email mengenai sebarang update mengenai company. Tetapi makin lama korang perasan korang sudah jarang dapat. Office mates yang lain semuanya dapat info. Ini maksudnya korang bukan lagi ahli kepada syarikat tersebut. Jika ini berlaku, cuba untuk perbetulkan langkah. Biasanya ini berlaku atas kesalahan yang dilakukan.

 

 

9. Majikan korang melarikan diri

 

Mengikut satu temubual bersama director human capital, Carina Chivulescu, sudah tiba masanya untuk korang mula mencari kerja baru apabila majikan korang mengasingkan diri daripada korang. Susah betul untuk bersemuka dengannya. Ini kerana mereka memberi korang ruang untuk bersedia diberhentikan nanti.

 

 

10. Notis diberhentikan sudah dikeluarkan

 

Mengikut undang-undang, syarikat perlu memberikan notis berhenti kerja 60 hari kepada pekerja jika ianya adalah satu pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Jika syarikat gagal untuk mengikut undang-undang, bersedia lah untuk dikenakan tindakan.