10 Sebab Kenapa Ramai Suka Lepak Di Kedai Mamak

GAYA HIDUP
February 23, 2018 - 05:16 PM


Tidak dapat dinafikan. Rakyat Malaysia cukup sinonim dengan kedai mamak. Tak kira waktu pagi, tengah hari atau malam, mesti aka nada pelanggan di kedai mamak.

Sampaikan ada satu lawak sebab apa diorang ni tak boleh menang world cup. Sebabnya, bila ada corner je diorang buat restoran. Hehehe.

Punyalah rakyat Malaysia ni suka lepak di mamak sampai pihak kerajaan pun nak hadkan waktu perniagaan kedai-kedai mamak ni atas alasan makanan disana boleh menjejaskan kesihatan.

Ini sebab-sebab utama kenapa orang kita selalu atau suka ke mamak.

 

  1. Semua Makanan Ada

Cakap pasal makanan di restoran mamak, sebut sahaja. Nak western, nak thai, nak masakan melayu, nasi kandar, nasi campur, semuanya ada. Cuma harga je kadang-kadang mengalahkan hotel.

 

  1. Servis Cepat

 

Duduk, order, tak sampai 5 minit air sampai. Kadang-kadang, makanan sampai dulu daripada air. Tapi, ini bukan semua kedai lah. Kadang-kadang tu, makanan dah nak habis pun belum tentu lagi makanan sampai.

 

  1. Teh Tarik Mamak Best

Selain daripada makanan, air the tarik di mamak ni rasa dia sedap semacam. Walaupun korang cuba tiru sebijik dekat rumah, takkan dapat rasa yang sama.
Ada terdengar dulu satu tips ni, diorang letakkan sikit garam dalam air teh diorang nak bagi rasa naik. Tapi, takt ahu lah betul ke tidak.

 

  1. Order Air Kosong, Tapi Boleh Lepak Sampai 3-4 Jam

 

Ini special pasal kedai mamak, diorang tak pernah marah kita nak duduk berapa lama pun kat situ. Cuma, agak-agaklah.

 

  1. WiFi Free Dan Laju

 

Sekarang ni musim mobile legend, memang selalu lah nampak budak-budak dan bapak-bapak budak cantum meja, duduk ramai-ramai lepas tu main game. Selain mamak tu takkan marah kita pakai wifi dia, selalunya wifi password ni nama kedai tu dank orang tambah nombor 123, atau 0 sampai 9. Kebiasaannya lah. Hehehe.

 

  1. Pekerja Kedai Mamak Selalunya Memahami

Memahami yang dimaksudkan dekat sini adalah pasal isyarat tangan. Bila nak suruh kira, amik order. Kalau angkat jari telunjuk ke atas, pusing-pusingkan sikit, dia tahulah kita suruh kira. Tapi, kalau nak bercakap… Ini kadang-kadang kena dua, tiga kali cakap baru faham. Itu pun kadang-kadang salah jugak yang sampai.

 

  1. Semua Makanan / Minuman Kita Boleh Customize

Misalnya, mintak roti canai kuah banjir, mintak susu pekat sikit, mintak gula sikit, taknak sayur semuanya boleh. Cuma jangan sesekali mintak the tarik buih lebih. Memang betul-betul dia bagi karang. Dah pernah kena.. Hahahaha

 

  1. Tempat Kaunserling

Ha, yang ini pun selalu jugak. Kebiasaannya, nak luah perasaan, nak settle hal dengan housemate semuanya boleh settle dekat mamak.

 

  1. Tiada Ekita Pemakaian

Nak pergi mamak ni simple je peraturannya. Nak pakai kain pelikat pun boleh. Takde orang yang nak usha pelik.

 

  1. ‘Stadium’ Terbaik

Point yang kesepuluh ni adalah sebab paling konkrit rasanya. Sebabnya kedai mamak ni akan bukak mana-mana match yang ada. Memang selalu lepak mamak tengok bolah je lah. Bila gol, boleh jerit kuat-kuat. Takde orang nak pelik…

Dan tak kiralah musuh ke, apa ke, boleh lepak dalam satu kedai. Cuma bila team kita dah kalah, jangan sarung jersi lawan sudah.