10 Tanda Yang Menunjukkan Badan Anda Terlebih Gula

GAYA HIDUP
December 14, 2017 - 04:10 PM


Rasanya, tak perlu diceritakan lagi apakah kesan negatif lebihan gula ni pada kesihatan. Tak mustahil ada yang skip entri ini sebab dah muak baca pasal kesan gula dalam badan.

Kalau anda teruskan bacaan, tahniah. Ini adalah sesuatu yang penting untuk anda dan kesihatan tubuh badan anda. Jika anda perasan tanda-tanda yang akan diceritakan dibawah ni, anda dah boleh ambil langkah yang sesuai.

Sebabnya jika badan kita dah terlebih gula, ini 12 tanda-tanda yang akan muncul.

 

#1. Lapar Berterusan

Rasa lapar walaupun baru je tadi anda makan tengah hari. Ini sebenarnya disebabkan kandungan gula yang terlalu tinggi. Secara saintifiknya, glukosa terhalang untuk memasuki sel-sel dalam badan. Seterusnya, badan tidak dapat terima tenaga dan mulalah anda rasa lapar. Sebab badan anda meminta makanan.

 

#2. Badan Terasa Letih

Disebabkan paras gula dalam badan dah terlampau tinggi, system badan dah tak mampu nak serap kandungan glukosa dengan betul. Secara tak langsung, sel-sel badan tak dapat berfungsi dengan betul sebab tak dapat bekalan tenaga.

 

#3. Kerap Buang Air Kecil

Selain daripada tak dapat nak serap glukosa, buah pinggang kita juga tak dapat nak serap cecair. Oleh itu, kepekatan glukosa dalam darah akan cuba disamakan oleh system dalam badan kita. Darah akan dilarutkan dengan cecair intrasel dan menjadikan tahap glukosa kita normal.

Disebabkan tindakan inilah kita sentiasa rasa nak buang air je…

 

#4. Mulut Kering dan Dahaga Berlebihan

Kehilangan cecair daripada kesan sering ke tandas sebentar tadi menyebabkan mulut menjadi kering. Badan akan menilai tahap dehidrasi dan menghantar isyarat ke otak.

Jika ini terjadi, minumlah air kosong dengan banyak.

 

#5. Kulit Kering

Kulit kering sebenarnya boleh dikaitkan dengan pelbagai sebab dan salah satunya ialah kandungan gula yang tinggi dalam badan.

Kencing berlebihan menyebabkan badan dihidrasi seterusnya meyebabkan kulit kita menjadi kering.

 

#6. Sukar Untuk Fokus

Selain daripada menyebabkan kita kerap ke tandas, tahap gula yang tinggi juga menghalang glukosa untuk sampai ke sel otak. Sekiranya otak sukar untuk mendapatkan tenaga, tumpuan kita akan terjejas, termasuklah kecekapan dan kepantasan untuk membuat keputusan.

 

#7. Penglihatan Kabur

Sekiranya penglihatan anda tiba-tiba kabur, walaupun anda seorang yang bercermin mata… itu adalah tanda-tanda gula dalam badan berlebihan. Kandungan gula yang tinggi ini turut memberi kesan pada sel mata. Mata boleh hilang keupayaan untuk memberikan tumpuan dan akan jadikan penglihatan kita kabur.

 

#8. Mati Pucuk

Jangan terkejut ye para lelaki. Sekiranya kandungan gula dalam badan anda terlalu tinggi, anda akan sukar mengekalkan ereksi. Ereksi sihat perlukan kesihatan saraf aliran darah yang baik serta hormon yang betul. Sekiranya anda terlebih gula, sistem ini boleh terjejas.

Jadi lepas ini, kalau anda ada masalah ereksi yang tak bertahan, kemungkinan anda sebenarnya terlebih gula pada hari tersebut.

 

#9. Luka Lambat Sembuh

Kerosakan pembuluh darah akibat kandungan gula yang tinggi juga adalah punca kenapa luka di badan lambat sembuh. Selain itu, peredaran darah ke seluruh badan juga akan terjejas.

 

#10. Cepat Marah

Kajian menunjukkan orang yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam badan selalunya cemas, terlebih aktif dan sering kemurungan.

Ini kerana otak bergantung kepada bekalan glukosa dan ia akan memberikan kesan negative kepada fungsi dan tugasnya sekiranya tidak mendapat keperluannya. Gula juga boleh berikan kesan kepada penyerapan nutrien lain.

Jadi sekiranya anda perasan 10 tanda-tanda ini ataupun beberapa daripadanya, cepat-cepatlah kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis-manis.

Sekiranya teruk, dapatkan nasihat daripada Doktor anda.

 

Sumber : Maskulin