11 Perkara Misteri Terjadi Semasa Tidur Yang Mungkin Selalu Anda Alami

GAYA HIDUP
July 26, 2017 - 08:52 AM


 

1. Kejang waktu tidur

Terjaga dari tidu dan terasa tidak boleh bergerak. Kekadang ada bayangan menakutkan dan berasa ada kehadiran orang lain dalam bilik tidur. Selalunya dikaitkan dengan gangguan makhluk "lain".

Biasanya bila tidur, kita dlm keadaan tidak boleh bergerak untuk elakkan berjalan dalam tidur. Bila dalam situasi di atas, otot kita tidak berfungsi tetapi otak masih.

Dianggarkan sekitar 7% populasi mengalami kekejangan waktu tidur sekurangnya sekali terutama dalam keadaan terlentang.

2. Bayangan  Sebelum Tidur

Terjadi semasa betul2 hendak tidur tapi masih dalam keadaan terjaga dan nampak bayangan pelik yang selalunya mengerikan.

Ini adalah antara contoh yang banyak terjadi pada kita dan juga kanak2 hingga menyebabkan mereka tidak mahu tidur kerana takut. Sebab utama adalah stress dan juga dalam keadaan mabuk sebelum tidur.

3. Bercakap Waktu Tidur

Orang yang bercakap semasa sedang tidur tidak akan sedar apa yang dicakapkan. Kadang2 hal rahsia.juga biasa dicakapkan.

Lelaki dan kanak2 lebih banyak mengalami ini. Punca utama adalah stress. Fizikal manusia menolak sesuatu yang realiti dan sebab itulah bercakap waktu tidur.

4. Mimpi Dalam Mimpi

Orang akan alami mimpi dan tersedar. Tapi perkara pelik akan terus berlaku. Rupanya mereka hanya bermimpi yang mereka terjaga dari tidur. 

Segelintir yang betul2 memahami situasi ini percaya ianya ada kaitan dengan roh manusia. Dan sukar dijelaskan dengan sains.

5. Berjalan Sambil Tidur

Bertentangan dengan kejang semasa tidur, orang yang mengalami ini memang sedang tidur tapi mampu bergerak, berjalan hingga keluar dari rumah tetapi tidak sedar apapun walau selepas bangun dari tidur di pagi hari.

Situasi ini dialami oleh 4.6-10.3% populasi dan kebanyakkannya adalah kanak2. Punca masih tidak diketahui dan tiada rawatan setakat ini.

6. Sindrom Otak Meletup

Orang akan terjaga dari tidur selepas berasa ada bunyi letupan kuat atau tepukan. Biasanya ada bunyi berterusan yang menyakitkan.

Ini terjadi disebabkan ada tindakbalas mengejut di saraf otak yang berfungsi mengeluarkan bunyi. Orang yang ada insomnia atau sukar tidur dan jetlag lebih mudah mengalami situasi ini.

7. Terhenti Bernafas

Orang akan terus terjaga dari tidur apabila berasa nafas terhenti tiba2. Kualiti tidur yang kurang disebakan kurangnya oksigen di dalam otak. Tekanan darah yang tidak stabil di arteri boleh memudaratkan jantung.

Semasa tidur, rongga kerongkong dalam keadaan rehat. Tetapi kadangkala ada tersekat saluran pernafasan. Risiko lebih tinggi pada orang obes, perokok dan usia tinggi.

8. Mimpi Berulang

Mengalami mimpi yang sama berulang2. 

Pakar psikologi percaya puncanya dari otak yang menggunakan mimpi tersebut untuk mendapat perhatian yang kita tidak perasan atau abaikan di dalam kehidupan seharian. Mimpi akan berulang hingga situasi itu diselesaikan.

9. Jatuh Atas Katil

Kadang2 kita terasa seolah2 dihempaskan ke atas katil dari atas dan terus terjaga dari tidur. Kadang2 juga sebelum fenomena terhempas, kita akan berasa seolah2 sedang terbang dan terjatuh. 

Tidur juga sama seperti menghampiri mati. Pergerakan otot dan kadar pernafasan berkurangan. Otak menjadi situasi ketakutan seolah benar akan mati dan tindakbalas untuk memastikan orang itu masih hidup dengan menghasilkan tindakan ke otot2.

10. Keluar Dari Badan

Fenomena yang terjadi semasa orang dalam keadaan separa sedar. Dan melihat dirinya dari luar dan nampak diri sendiri sedang tidur. Mengesahkan kehadiran roh.

Fenomena ini sangat sukar dianalisis. Namun ini adalah kebenaran yang roh akan keluar dari jasad semasa tidur. 

11. Pencerahan Ketika Tidur

Ada ketikanya, orang ada masalah yang lama dan asyik memikirkan jalan penyelesaian. Dan tetiba di dalam mimpi,  otak menghasilkan penyelesaian tersebut. Yang penting bagaimana hendak ingat semula selepas jaga dari tidur.

Kadang2 dalam keadaan tidak sedar, jalan penyelesaian itu sudah wujud. Namun, ianya tidak sampai semasa sedar. Semasa tidur, keadaa  tidak sedar ini lebih aktif dan memperlihatkan penyelesaian ini. 

Tidur itu memang sedap dinikmati, dan kadangkala ianya memberikan lebih banyak manfaat sebenarnya.