14 Barangan Yang Perlu Ada Oleh Seorang Lelaki



Macam yang kita semua ketahui, aksesori atau barangan untuk kaum lelaki ni tidaklah banyak macam yang ada untuk wanita. Tetapi, ada beberapa barangan yang sebenarnya korang patut ada untuk mengekalkan stail sambil mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Kalau nak diikutkan, ada lebih kurang beratus barang yang patut lelaki ada, cuma kita shortlistkan kepada 15 barangan yang ‘wajib’ ada untuk lelaki.

#1. Kemeja Putih Simple

Kemeja putih simple yang dimaksudkan disini adalah yang plain, tanpa sebarang corak. Alasannya, kemeja putih ni dia versetail, boleh masuk dengan apa-apa seluar, boleh dipakai dengan jeans, padankan dengan slacks memang ngam teruk lah.

Selain tu, kemeja putih ni dia boleh blend dengan apa-apa majlis sekalipun, baik formal, mahupun tak formal. So, korang dah ada 2 dalam satu.

#2. Dress Shoes

Dress shoes ni, terpulang pada korang. Tapi kebiasaannya, bila sebut dress shoes, kita akan pakai untuk majlis formal ataupun nak dapatkan ‘smart-casual’ look tu.

Biasanya material dia kulit lah. Untuk selamat, korang pilihlah warna gelap. Senang nak masuk dengan mana-mana baju atau seluar. Ataupun, ikut guide ni

#3. Suit Ditempah Khas

Kadang kala, pejabat kita akan adakan majlis rasmi yang memerlukan kita pakai suit. Jadi, apalah salah kalah tempah satu; kalau korang rasa akan pakai banyak kali lah. Sebabnya, bila pakai suit yang ditempah ni, memang confirm-comfirmlah dia terletak cantik dekat badan kita.

Tapi, jujur cakap suit yang ditempah khas ni biasanya mahal. Jadi, solution dia, korang pegilah cari cutting dan suit yang ngam dengan badan korang dekat H&M ke, Uniqlo ke, dan sebagainya.

#4. T-Shirt Kasual

T-shirt, baik berkolar atau tidak. Ini adalah salah satu yang selalu kita pakai. Sampai kadang-kadang, pergi office pun ber t-shirt je. Satunya dia selesa, tak terlalu panas (ini tengok material), senang nak padankan dengan seluar.

Kalau nak ke acara macam ala-ala semi formal atau smart casual, cari lah Polo-T, yang jenis t-shirt collar tuh. Nampak la semenggah sikit.

 

#5. Grooming Kit

Salah satu antara yang terpenting jugak ni buat lelaki, tapi malangnya ramai yang tak ada. Paling-paling pun, ada shaver yang beli RM2.30 dekat kedai runcit tu, dengan gunting yang selalu budak darjah satu guna tuh untuk menggunting.

Grooming kit ni, kalau boleh kasi la lengkap sikit. Kalau tak nak beli satu set pun, beli satu-satu. Tapi pastikan segala yang penting, kena ada. Contoh; pencukur, krim pencukur, cotton buds, ketip kuku, gunting khas untuk bulu hidung dan lain-lain yang korang perlukan.

Takkan lah sikat, pomade, ubat tiak pun nak cerita sini kan. Tu korang pepandai lah. Hahaha

 

#6. Beberapa Pasang Denim

Denim – atau lebih mudah kita kenal sebagai ‘kain jeans’. Tak kiralah baju atau seluar, dia punya kelebihan, sama macam kemeja putih. Senang nak dipadankan, dan tak pernah out of style.

Seluar jeans boleh dipakai dengan kemeja, t-shirt, jersey dan macam-macam lagilah. Senang cerita, jeans ni ‘serba-boleh’. Yang tak boleh ialah bila korang pakai jeans pegi majlis formal! No-No!

 

#7. Sunglasses Yang ‘Perfect’

Perfect disini adalah yang sedap dan sesuai dipandang oleh mata kita sendiri dan jugak mata orang lain. Selain itu, bingkainya kenalah ‘masuk’ dengan muka kita. Kalau korang tak pasti, ini ada jenis-jenis cermin mata yang korang kena tahu.

#8. Shoe Polish

Shoe Polish atau bahasa senangnya pengilat kasut atau ‘kiwi’ yang kita gunakan untuk mengilatkan kasut kulit kita.

Pengilat kasut sebenarnya bukan sahaja nak kasi kasut kita tu nampak berkilat sahaja, tetapi ia lebih kepada menjadikan bahan kulit pada kasut tu lebih tahan lama.  

#9. Jam Tangan

Lelaki yang hebat ialah lelaki yang pakai jam tangan! Hehehe. Selain menunjukkan yang korang ni menghargai masa, walaupun hakikatnya janji pukul 8, pukul 8 korang masih on the way. Jam tangan adalah aksesori pelengkap kepada lelaki.

Jam ni pulak, ada banyak jenis. Ada yang digital, ada analog dan kalau ikuit trend uptown, dia jenis LED pun ada. Apa-apa pun, korang kena faham, setiap jam tangan ada majlis atau tempat yang sesuai, dan ada yang tak berapa sesuai nak dipakai.

Walaupun bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang, tapi dia jadi macam tak kena. Macam korang makan nasi lemak tak ada ikan bilis, walaupun tak penting sangat ikan bilis tu, tapi kalau ada ikan bilis, kan lagi ‘umpph’ nasi lemak tu.

#10. Backpack

Backpack, ataupun beg sandang asalah salah satu barang yang setiap lelaki wajib ada. Jangan korang mengada-ngada nak pakai handbag pulak! Beg sandang ni, selain daripada memudahkan pergerakan korang ke pejabat; yelah boleh masukkan laptop, buku nota, kunci kereta, kunci rumah dan macam-macam lagi.

Selain tu, kalau korang jenis suka travel, tapi tak suka nak check-in kan beg, korang kenalah ada satu beg sandang yang ‘berkaliber’. Maksudnya, cari satu yang berkualiti, tahan lama, dan tahan lasak. Kalau nak bawak ke office, carilah yang saiz kecik.

Dah kenapa korang nak pegi office bawak beg sampai 85 liter! Ish.

#11. Jaket Yang Stylish

Selain boleh digunakan untuk pakai masa naik motor, jaket yang stylish jugak korang boleh kenakan kalau ada majlis yang perlukan korang nampak presentable sikit. Lebih kepada tambahan lah ni kiranya.

Kalau nak senang, cari yang sedap mata memandang. Bayangkan korang pakai jaket tu untuk ke satu-satu majlis ataupun date, sesuai ke tidak.

Contoh yang tak sesuai :

 

#12. Aksesori Suit

Aksesori untuk suit sama jugak dengan perumpamaan nasi lemak dan ikan bilis tadi. Dia lebih kepada penambah ‘rasa’ pada style kita. Tapi kalau majlis rasmi, apa guna korang pakai suit kalau tak pakai tali leher.

Selain tu, aksesori untuk suit selain tali leher ialah cufflink, pocket square, pin dan sebagainya.

#13. Perfume

Kalau korang jenis confident yang badan korang akan mengeluarkan bau yang sedap sepanjang hari, tak payah perfume pun takpe.

Tapi, kebiasaannya perfume ni kita pakai untuk cover up bau-bau yang kurang menyenangkan. Misal kata bau keti, bau hapak baju dan macam-macam bau yang akan meloyakan atau tidak senangkan orang sekeliling korang lah.

Pemilihan perfume ni bergantung pada keselesaan korang. Sama ada nak bau yang ‘jantan’ ataupun nak bau yang sedap-sedap je. Lagi satu, kalau nak pilih perfume, pastikan korang spray dekat tangan korang masa nak test tu. Sebabnya, perfume ni dia bertindak balas dengan hormon kita.

Sebabtu kalau korang jenis beli yang spray tester atas kertas tu, dekat mall bau sedap, naik je bau dia tapi bila spray dekat badan. Biasa-biasa je baunya.

#14. Tali Pinggang Klasik

Tali pinggang klasik yang dimaksudkan dekat sini adalah tali pinggang kulit yang simple, dengan kepala bucke yang simple.

Tali pinggang adalah pelengkap gaya, selain mengelakkan seluar korang terlucut lah kalau jenis seluar besar sikit dekat bahagian pinggang tu.

Pemilihan stail yang klasik dan simple akan memudahkan korang padankan dengan kasut kulit, atau kasut yang korang pakai nanti.