30 Filem Korea Wajib Tonton Sehingga 2018



Filem Korea yang betul-betul aku tengok hanyalah filem Train to Busan. Yang lain-lain tak meninggalkan kesan sangat. Tapi filem Korea memang best bagi peminat filem Korea lah. Aku minat filem melayu jer lagi-lagi filem Badang lakonan Aliff Syukri.

Ok selain Badang ini 30 filem Korea yang wajib korang tengok sehingga tahun 2018.

1. A Taxi Driver. Mula nampak macam filem komedi, tapi rupanya filem ni berdasarkan kisah benar perjalanan seorang pemandu teksi yang membawa seorang wartawan dari German yang membongkar tentang Gwangju Uprising pada tahun 1980.

Rating: 8.5/10

2. The Merciless (2017). Secara pendeknya, filem ni pasal seorang gangster baru keluar penjara dan plan nak ambil alih tempat kepala gangster tertinggi. Sol Kyung-gu memang power, no surprise dia menang best actor untuk watak dalam filem ni.

Rating: 8/10

3. War of The Arrows (2011). Aku tahulah aku lambat sikit tengok movie ni. Filem ini berlatarkan zaman Manchurion Invasion di Korea, dan seorang lelaki yang power memanah cuba untuk selamatkan adik dia yang diculik.

Rating: 8/10

4. Hello Ghost (2010). Kisah seorang lelaki yang berkali cuba bunuh diri tapi asyik gagal, dalam percubaan terakhir dia, lepas sedar tu, dia ada kebolehan nampak hantu. Tapi siapa hantu ni? Cerita ni sedih sial.

Rating: 7.5/10

5. Memoir of A Murderer (2017). Kisah seorang lelaki tua yang ada dementia, menyaksikan 1 pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki. Tapi, lelaki tu kata lelaki tua ni pembunuh sebenar. So, siapa pembunuh sebenar?

Rating: 7.5/10

6. Seoul Staion (2016). Baru berkesempatan tonton filem ni. Filem ni ada kaitan dengan Train To Busan, tapi dia versi animation. Pasal zombie outbreak kat Seoul.

Rating: 7/10

7. The Phone (2015). Kisah seorang lelaki yang kematian isteri. One day, dia dapat phone call dari isteri dia pada tahun 2014, setahun sebelum bini dia mati. Dan, dengan phone call tu, dia cuba selamatkan keluarga dia.

Rating: 7/10

8. Welcome To Dongmakgol (2005). Punya lama aku simpan movie ni, haritu baru tengok. Best jugak rupanya. Kisah Korean War, few askar North and South Korea sesat kat 1 kampung yang haram tak tahu langsung pasal perang yang tengah berlaku.

Rating: 7.8/10

9. Midnight Runners (2017) Kisah 2 orang police trainee yang jadi saksi 1 kes culik, then diorang decide untuk settlekan kes tu.

Rating: 8/10

10. Anarchist from Colony (2017). Based on true story pasal seorang aktivis bernama Park Yeol yang mengetuai 1 kumpulan pemberontakan sewaktu Korea menjadi tanah jajahan Jepun.

Rating: 7.8/10

11. Office (2015). Kisah seorang lelaki menjadi buruan polis lepas keluarga dia dibunuh. Tapi, dalam masa yang sama ada kejadian misteri kat office dia lepas dia bunuh keluarga dia.

Rating: 7/10

12. Tidal Wave (2009). Kisah pasal sebuah resort kat South Korea yang dilanda Tsunami.

Rating: 6.5/10

13. Castaway On The Moon (2009) Kisah seorang lelaki, cuba bunuh diri tapi last2 terdampar kat sebuah pulau.

Rating: 7/10

14. The Swindlers (2016) Kisah 1 group penipu menipu si penipu lain. Okay la ada plot twist sikit.

Rating: 7.5/10

15. Okja (2017) Kisah 1 company yang berjaya membiak sejenis binatang yang dipanggil super pig, tapi rupa dia macam badak. Aku rasa budak kecik watak utama filem ni berjaya menutup watak pelakon hollywood yang lain dalam ni.

Rating: 7.8/10

16. Time Renegades (2016) Kisah 2 lelaki berbeza dari tahun 1983 & 2016, yang connected to each other melalui mimpi.

Rating: 7.5/10

17. Warriors of The Dawn (2017) To avoid invading Japanese forces, a king abandons his people in the process. In his place, Prince Gwanghae leads the royal court and confronts the enemies with the help of proxy soldiers led by To-Woo.

Rating: 7.5/10

18. I Can Speak (2017) I like this movie! Kisah seorang nenek mintak tolong seorang lelaki ajar dia speaking English sebab dia nak communicate dengan adik dia. Tapi, ada rahsia lain yang nenek ni simpan. Funny, sad, touchy story.

Rating: 8/10

19. V.I.P (2017) Kisah seorang anak pegawai tinggi North Korea yang menjadi buruan Interpol dan polis Korea atas pembunuhan bersiri yang dia buat. APA NI WOI PEMBUNUH HANDSOME TAPI NAK TUMBUK MUKA DIA?!

Rating: 7.8/10

20. The Beauty Inside (2016) Kisah seorang lelaki yang tiap kali dia bangun tidur je dia berubah jadi orang lain. Banyak pengajaran cerita ni. :’)

Rating: 7.5/10

21. A Violent Prosecutor (2016) Kisah seorang prosecutor yang dituduh membunuh seorang tahanan sewaktu soal siasat dan dipenjara, dalam penjara, dia gunakan someone untuk dapatkan bukti dia tak bersalah. Padu cerita ni.

Rating: 8.2/10

22. Chronicle of a Blood Merchant (2015) Filem berlatarkan Korea 60-an, kisah seorang bapak yang sanggup buat apa je untuk anak-anak dia, termasuk jual darah dia.

Rating: 7.5/10

23. The Fortress (2017) Based on the Second Manchu invasion of Korea in 1636, where King Injo and his retainers sought refuge in the fortress located in Namhansanseong.

Rating: 7/10

24. The Prison (2017) 1 lagi filem pasal prisoner yang padu weh. Kau bayangkan duduk dalam penjara tapi malam2 boleh keluar pi buat jenayah?? Tapi macam mana diorang boleh keluar? Tengok jelah.

Rating: 8/10

25. Forgotten (2017) Filem berkisarkan seorang lelaki menyaksikan abang dia diculik, tapi lepas abang dia balik, dia dapat rasa yang lelaki tu bukan abang dia. Thriller, suspen. Ini antara filem Korea tahun 2017 yang terbaik bagi aku.

Rating: 8.5/10

26. Steel Rain (2017) Seorang ejen North Korea pergi ke South Korea untuk stop perang nuklear antara Korea, Japan & USA yang tercetus disebabkan cubaan membunuh supreme leader of the North. Tengok Jung Woo Sung macam Tom Cruise versi Korea siot.

Rating: 8/10

27. The Outlaws (2017) Based on real events in 2007. The story follows a turf war that grows between a local gang that runs Garibong-dong and the Heuksapa gang from Yanbian, China. the police are called in to attempt to bring peace to the neighborhood.

Rating: 7.5/10

28. Along With the Gods (2017) Ni ha review. Lama dah tengok. Jangan suggest lagi

Kalau lepas Train To Busan kau tak pernah tonton filem Korea di pawagam, kau boleh pergi tengok Along With The Gods: The Two Worlds sekarang. Masih ditayangkan. 9/10 rating aku untuk filem ni.

29. The Divine Move (2014) Kisah seorang pemain professional baduk yang menuntut bela atas kematian abang dia. Sedap betul tengok Jung Woo Sung bertumbuk.

Rating: 8/10

30. The Attorney (2015) Kisah seorang lawyer yang menjadi peguambela untuk sekumpulan anak muda yang didakwa menentang kerajaan.

Rating: 7/10

Ok so antara 30 filem ni dah berapa filem korang dah tengok?

-KeN