31 Mac Digazet Sebagai Pesta Kalimaran

GAYA HIDUP
March 28, 2019 - 02:14 PM


Korang mesti dah biasa dengar tentang Pesta Kaamatan atau pesta menuai yang disambut masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah.

Tapi, pernah tak korang tahu mengenai "Pesta Kalimaran"?

Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom

Sebenarnya sejak tahun 2003 lagi, Pesta Kalimaran telah disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Murut yang juga etnik ketiga terbesar di Sabah dengan populasi melebihi 100,000 orang.

Pesta Kalimaran atau dikenali sebagai Pesta Kesenian ini adalah perayaan bagi ‘menghidupkan’ budaya, seni, tradisi dan adat etnik Murut kepada orang luar terutama generasi muda agar tak luput ditelan zaman.

Kredit Foto: SabahNewsToday.com

Setiap tahun, Pesta Kalimaran ini disambut dengan meriah di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Kampung Pulong yang terletak 13 kilometer dari Pekan Tenom.

Di sini, pelbagai hasil seni dan kraftangan kaum Murut dipamerkan serta pada masa ini pelancong dari dalam dan luar negara dapat melihat dengan lebih dekat keunikan pakaian tradisional etnik Murut yang terkenal dengan hiasan bulu pelepah di kepala.

Bagi memastikan Pesta Kalimaran ini popular dan menjadi salah satu produk pelancongan bertaraf dunia untuk Negeri Di Bawah Bayu, maka mulai 31 Mac 2019 ia akan digazetkan sebagai tarikh sambutan perayaan tersebut.

Kredit Foto: Harian Metro

Jadi bagi korang yang nak tahu lebih mendalam tentang etnik Murut yang memang sangat terkenal dengan jiwa pemburu pada zaman dahulu kala, boleh datang ke Tenom!