4 Tip Ke Gimnasium Buat Newbie! Baru Boleh Jadi Sado



Jika anda merupakan newbie dalam dunia senaman, tentulah banyak bahan bacaan dan video ringkas mengenai kesihatan yang akan anda tonton kan? Mungkin anda akan mengambil banyak nasihat dari pakar mengenai dunia fitness. Banyak yang akan anda pelajari seperti pakar akan menunjukkan cara bersenam untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fitness, ada juga yang mendidik anda untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan peralatan di dalam gym.

Sebenarnya sebelum anda ghairah untuk menggunakan peralatan di dalam gym, ini antara perkara yang anda perlu lakukan:

Bawa Air masak!

Adalah menjadi perkara utama untuk membawa air masak secukupnya untuk bekalan anda ketika di gym. Bawa lebih kurang 2 liter air masak kerana anda bakal haus sepanjang masa. Tapi ingat, jangan terlalu taksub dengan air sehinggakan perut anda kembung! Takut nanti muntah pula.

Jangan terus serang dumbbell

Pastinya anda akan teruja bila nampak dumbbell bersepah di gym kan? Anda harus ingat seperkara, anda masih lagi baru di dalam gym, penggunaan equipment dalam gym yang salah akan mengundang badan anda sakit-sakit, lebih memudaratkan bila otot-otot anda koyak. Jika anda tak tahan sangat nak menggunakan barang-barang dalam gym, apa kata kalau anda dapatkan khidmat staf gym.

Manja dengan yoga mat dahulu

Bila kami kata jangan main dumbbell, anda mesti tertanya-tanya nak main apa kan? Sebelum anda pergi lebih jauh, apa kata anda berjinak-jinak dahulu dengan yoga mat. Ini bermakna, lakukan squat, burpees, plank dan bermacam lagi senaman yang tidak memerlukan anda untuk bermain berat. Bila badan anda dah terbiasa dengan senaman, dan metabolisme anda dah meningkat, ketika itu untuk bermain berat sudah lagi tiada masalah.

Peralatan peribadi yang lengkap

Jika anda ke gym yang sedikit mewah, mereka pasti menyediakan tempat untuk anda bersihkan diri. Jadi mudah. Jika anda ke boutique gym, apa kata anda bawa baju lebih, dan tuala kecil untuk lap peluh anda dari merembes ke lantai. Perkara-perkara begini pun kena diambil kira, jangan main belasah je di gym