5 Basikal Paling Mahal Di Dunia !



Basikal merupakan medium pengangkutan yang paling asas tetapi sangat penting pada masa dahulu. Tak dinafikan, sekarang pun ada lagi orang yang menggunakan basikal, Cuma untuk tujuan pengangkutan tu dah berkurangan. Lebih kepada riadah dan bersukan.

Salah satu sebab kenapa basikal ni tak digunakan secara meluas di negara ini adalah faktor cuaca, selain daripada faktor jalan raya yang tak sesuai serta kurang kemudahan untuk berbasikal seperti laluan khas, tempat letak basikal dan sebagainya.


Laluan basikal ada, kereta buat parking pulak...

Cerita pasal basikal, korang ingat tak basikal pertama atau basikal yang korang pernah beli? Agak-agak berapa harga dia? Kalau Aj dulu, sebab periksa nombor satu, dapat hadiah basikal. Hehehe…

Walaupun basikal ni, sebenarnya ringkas aje. Mekanisme dia pun mudah, guna rantai, gear tayar dan tenaga manusia. Tapi, ada jugak jenis basikal yang dijual mahal. Satu sebab bahan yang digunakan. Tak pernah terbayang pun harga basikal ni boleh melebihi harga sebijik kereta.

Ini adalah 5 model basikal yang paling mahal di dunia.

 

#5. Aurumania Crystal Edition Gold Bike – RM443,000

Aurumania adalah satu syarikat dari Perancis. Dan untuk basikal edisi emas ni, selain daripada bingkai, roda dan beberapa bahagian yang disalut dengan emas, basikal ni jugak didatangkan dengan kristal Swarovski.

 

#4. Kaws Trek Madone – RM618,000

Basikal ini sebenarnya dilelong dalam satu acara oleh Sotherby. Hasil lelongan disumbangkan untuk membantu pesakit kanser.

Kalau sebut pasal basikal dan kanser, dah tentulah basikal ni ada kaitan dengan Lance Armstrong.

Selain ianya digunakan oleh Armstrong, basikal ini katanya mempunyai aerodinamik yang bagus serta aksesori yang berkualiti. Ramai penuggang basikal ini dikatakan telah memenangi banyak perlumbaan kerana raka bentuknya.

 

#3. Trek Yoshimoto Nara – RM 772,000.

Basikal yang turut dilelong oleh Sotheby ini mendapat sentuhan artis popular Jepun iaitu Yoshmito Nara. BAsikat ini dicat dan dihiaskan dengan tema kartun kanak-kanak yang memakai sarung tangan tinju, UFO dan juga logo Livestrong.

Dikatakan, selain sentuhan daripada artis Jepun berkenaan, Lance Armstrong pernah menggunakan basikal ini pada satu peringkat di Tour de France. Bingkainya diperbuat daripada carbon fibre tau!

 

#2. Goldgenie 24K Gold Bike – RM1.5 juta

Jika ada yang mengetahui pasal Goldgenie, mereka ni dah beroperasai berabad lamanya Cuma pengkhususan mereka adalah penyalutan pada peranti seperti telefon pintar iPhone atau Samsung.

Setiap bahagian daripada basikal ini dasaluti oleh emas 24 karat dan ianya adalah emas tulen. Bukannya tiruan.

Selain daripada bahagian-bagian emas 24 karat tersebut, tempat duduknya pulak diperbuat daripada kulit San Marco yang lembut dan jug aedisi terhad.

 

#1. Trek Butterfly Madone – RM 1.93 juta

Cerita disebalik harga basikal ini juga ada kaitan dengan Lance Armstrong. Selepas beberapa bulan tamatnya Tour de France, basikal yang direka bentuk oleh Damien Hirst ini telah dilelong oleh Sotheby.

Lebih menarik, ia ditunggangi oleh Armstrong sendiri dan artis Inggeris berkenaan telah menggunakan sayap rama-rama untuk menyaluti bingkai basikal berkenaan. Sayap rama-rama ini boleh dilihat membalutii keseluruhan basikal yang diperbuat daripada carbon fibre ni.

Sebab itulah ia menjadi kontroversi dan dilabel oleh PETA sebagai ‘keganasan yang dasyat’

Walaupun terpalit kontroversi, basikal ini terjual dengan harga Rm 1.93 juta dan secara tak langsung menjadikan basikal paling mahal di muka bumi.