5 Ciri Yang Patut Ada Pada ‘Travel App’ Terbaik

GAYA HIDUP
April 05, 2019 - 03:16 PM


Bukak sahaja Appstore mahupun Playstore, lambakan aplikasi yang boleh membantu memudahkan kita untuk travel.

Persoalannya, yang mana satu bagus.

Bila sebut pasal bagus atau apps yang terbaik ni, bergantung kepada pengguna itu sendiri tetapi untuk membezakan yang bagus dengan yang biasa-biasa ada beberapa ciri ini :

#1. Personalised

Korang kena cari yang paling tidak, boleh di ‘personalized’. Maksudnya korang boleh masukkan pelbagai maklumat pasal trip korang tu. Lagi terperinci atau lagi banyak maklumat atau yang ada reminder lebih disyorkan.

 

#2. Simple

Menurut survey yang dilakukan oleh J.D Power, ramai pengguna memilih dan mereka sendiri bersetuju yang aplikasi yang terbaik adalah yang paling simple.

Simple di sini bermaksud mudah digunakan, user friendly. Dalam erti kata lain, korang boleh gunakan tanpa sebarang masalah atau kekeliruan.

 

#3. Ada Sambungan Dengan Aplikasi Lain

Aplikasi yang baik adalah aplikasi yang mempunyai sambungan atau menawarkan perkhidmatan yang boleh digunakan di beberapa aplikasi lain. Kalau bahasa aplikasi, dia boleh di ‘sync’ beberapa aplikasi dalam satu.

 

#4. Maklumat Tepat, Waktu Yang Tepat

Satu aplikasi yang bagus, adalah aplikasi yang memberikan maklumat kepada pengguna pada waktu yang diperlukan.

Sebagai contoh, sewaktu check-in ke pesawat akan disediakan QR code sebagai boarding pass dan aplikasi ini menunjukkan gate yang patut dituju dan sebagainya.

Macam contoh, aplikasi Air Asia.

 

#5. Lebih ‘kehadapan’ dari keperluan

Satu aplikasi yang bagus adalah aplikasi yang mampu menjangka keperluan pengguna. Ini dalam erti kata lain, aplikasi tersebut menyokong atau mempunyai kecerdasan artificial (AI) yang mampu menjangka perjalanan dan sebagainya.

Berikut adalah aplikasi yang bagus menurut survey yang dijalankan :

Airlines

  1. JetBlue (864)
  2. Southwest (861)
  3. Alaska Airlines (849)
  4. Fly Delta (844)
  5. American Airlines (823)

Agensi Perlancongan

  1. Orbitz (866)
  2. Priceline (859)
  3. Expedia (847)
  4. Travelocity (844)
  5. CheapOair (827)

Nota : Kaji selidik J.D Power adalah dilakukan pada setiap tahun dan seramai 12,000 orang responden, markah penuh adalah 1000.

Aplikasi Perlu Ada Untuk Solo Traveller

Sumber : Website | Forbes