5 Golongan Berisiko Mendapat Masalah Kesihatan Akibat Jerebu

GAYA HIDUP
October 09, 2023 - 05:03 PM


Masalah jerebu yang melanda negara ketika ini bukanlah satu fenomena baharu, namun sehingga kini tiada langkah penyelesaian konkrit dibuat bagi menangani masalah tersebut yang dianggap sebagai ‘peristiwa tahunan’. 

Jerebu yang terjadi di Malaysia berpunca daripada pembakaran haram secara besar-besaran yang kerap dijalankan sekitar bulan July dan Oktober. Ia terjadi mungkin kerana tanah yang dibakar dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi untuk digunakan oleh industri minyak sawit dan pembikinan kayu pulpa. Pembakaran juga merupakan kaedah yang lebih mudah berbanding kerja-kerja penebangan menggunakan mesin penggali atau lain.

GOLONGAN BERISIKO

Dalam jangka masa pendek, mata, hidung dan tekak anda mungkin akan mengalami kerengsaan akibat jerebu. Risiko penyakit jantung dan paru-paru juga akan meningkat apabila terdedah kepada jerebu.

Dalam jangka masa panjang, saluran darah juga akan terjejas yang boleh menjurus kepada penyakit vaskular. Jerebu juga menyebabkan peningkatan risiko kematian kerana penyakit kardiovaskular dan mampu mengurangkan jangka hayat seseorang.

Kebanyakan orang berisiko mendapat kesan kesihatan daripada fenomena tersebut. Berikut adalah golongan berisiko mendapat masalah kesihatan akibat jerebu. Antaranya: 

1. Kanak–kanak.

2. Warga emas.

3. Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).

4. Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.

5. Perokok.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.

• Mata terasa pedih dan berair.

• Hidung berair dan kerap bersin.

• Kulit badan terasa gatal-gatal.

• Terasa sakit dada.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3. Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

4. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

5. Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

8. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.

9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

10. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari apims.doe.gov.my