6 Hadiah Ideal Untuk Ulang Tahun Perkahwinan Anda

GAYA HIDUP
November 22, 2018 - 05:19 PM


Ulang tahun perkahwinan merupakan tarikh kedua terpenting selain daripada harijadi pasangan anda. Bagi lelaki mungkin sukar untuk mengingat tarikh keramat ini, tapi wanita, seperti telah disimpan di dalam peti fikiran mereka selama-lamanya. 

Berikut kami kongsikan antara hadiah yang sesuai untuk anda bagi kepada pasangan anda. Biar bertambah sayang gitu!

1. Pakej Travel

Ini kalau bagi kat pasangan mahu senyum 7 hari 7 malam ni. Tak perlu jauh dalam Malaysia pun InshaAllah dah boleh buat pasangan korang tersenyum. Silap-silap dapat baby baru. eh!

2. Jam Tangan

Terdapat pelbagai jenis jam tangan dan jenama lelaki buat anda untuk memilih. Perhatikan gerak gaya suami anda, jika suami anda seorang yang lasak dan kaki gym, memilih jam tangan yang mempunyai tali yang berkualiti tinggi dan boleh digunakan di dalam air menjadi pilihan. Jika suami anda seorang yang elegen dan suka dengan gaya urban, pilihlah tali yang nipis dan minimalis dalam hiasan pada permukaan jam tersebut.

3. Seluar Jeans

Mungkin anda merasakan bahawa seluar jeans bukan hadiah paling sesuai untuk suami anda, namun hakikatnya, seluar merupakan perkara paling penting dalam kehidupan lelaki. Kebanyakkan lelaki tidak mahu menyatakan hasratnya untuk memiliki jeans kerana berasa seluar yang lama masih molek untuk dipakai. Namun, jika anda seorang isteri mengenali suami dengan baik, jeans atau apa jua jenis denim sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buatnya. Lelaki lebih gemar mengenakan denim berbanding pakaian lain, kerana ia senang dipakai dan tidak perlu gosok! Mudah untuk anda juga para isteri!

4. Perfume

Lelaki gemar mengenakan wangian yang mahal dan tahan lama. Kadang-kala, lelaki akan menghabiskan duit pada wangian lebih dari makanan kerana lelaki hari ini lebih gemar menjaga penampilan diri. Dalam pada masa yang sama, lelaki sering berhadapan dengan bau yang sangat tidak menyenangkan tambahan apabila mereka sedang bekerja. Jadi, hadiahkan wangian mungkin boleh menggembirakan hati mereka.

5. Kamera

Mungkin ada di antara suami anda yang gemar mengambil gambar tak kira apa jua jenis keadaan. Hadiah seperti ini dapat membantu menaikkan semangat mereka dalam menghasilkan rakaman hobi mereka. Tapi, cuba anda bayangkan anda beli kamera digital kepada mereka, anda juga beruntung, anda akan sentiasa menjadi model dalam gambar mereka. OOTD anda cantik, boleh muat naik di laman sosial media anda kan!

6. PS4

Ini mungkin menjadi idaman semua lelaki di luar sana. Kebanyakkan isteri tidak membenarkan suami menghabiskan masa dengan permainan ini kerana ia tidak mendatangkan faedah. Ketahuilah wahai isteri, permainan seperti ini lebih baik daripada mereka curang. Sekurang-kurangnya mereka curangi anda ke atas barang dan bukan perempuan lain. Hadiah seperti ini menjadikan anda Wife of the year! Namun, jika anda terlintas untuk hadiahkan ini kepada suami, buat rules agar mereka tidak asyik bermain! Good Luck!