5 Jenis Manusia Anda Boleh Jumpa di Bank. Adakah Anda Salah Seorang?

GAYA HIDUP
August 16, 2017 - 09:17 AM


Bank biasanya dibuka dari jam 9 pagi sampai 5 petang hari bekerja. Kalau hari jumaat biasanya bank akan tutup awal. 

Baru - baru aku gi bank jam 8.45 pagi. Bank di buka jam 9 pagi. Apa yang aku dapati sewal jam 8.45 pagi sudah ramai manusia yang beratur untuk urusan bank masing-masing. Aku jadi pelik sebab aku bukan lah orang yang selalu pergi bank. Kalau pergi pun hanya untuk urusan yang tidak boleh dibuat secara online.

Masa tu terdetik dalam fikiran adakah duit BRIM dah masuk? Aku tak pasti sebab aku tak pernah layak terima BRIM. 

Jadi pagi tu aku pun terpaksa ikut beratur adalah dalam 30 minit jugak sebelum dapat nombor untuk urusan aku pagi tu. Agak makan masa sebenarnya. Kalau di ikutkan urusan aku tak sampai 10minit jer.

Then aku mula terfikir kalau jam 8.45 pagi orang sudah ramai. Jam berapa aku nak kena sampai di bank untuk selesaikan urusan aku dengan cepat? Adakah jam 7 pagi kena terpacak depan bank? Atau bermalam dikaki lima bank macam sesetengah kedai tudung buat?

Bila dah masuk di bank aku perati je gelagat orang kita di bank. Macam-macam hal. Biasalah aku bila tengah booring aku akan jadi pemerhati yang hebat.

Ini antara manusia yang aku jumpa di bank.

1. Terkial kial nak isi form. Kalau jenis makcik-makcik tak ada masalah aku pun boleh tolong isi mana yang patut. Ni orang muda. golongan belia remaja pun masih lagi blur nak isi form di bank. 

2. Jenis suka ambil nombor pastu menghilang. Yang ni pun ramai yang buat. Tapi ok lah kalau boleh datang on time. Kalau terlepas kena ambil nombor giliran lagi. 

3. Mata hadap smartphone. yang ni biasalah golongan muda buat. Aku salah sorang. Tapi jika fikir balik korang yg celik IT tu buat apa gi bank kalau semuanya boleh di buat online. Kecuali isu besar yang memang tak leh dibuat secara online.

4. Dekat depan mesin ATM lah ko baru nak cari no akaun lah. Nak cari kad ATM lah. Kesian orang yang menunggu sampai berjam-jam. 

5. Majoriti customer yang dtg berurusan adalah warga emas.. yang lemah tenaganya..yang perlu bantuan dari yang muda.. yang percaya seratus peratus pada warga kerja bank nya.. dari mengambil no sehingga sehingga selesai urusan.. kalau tiada pemantauan memang semua button ditekannya.. kadang geli hati juga, tapi cepat2 mohon keampunan dari Allah agar tidak terus memperkecilkan org.. Ya.. itu lah suasana dibank pagi itu..

Itu antara manusia yang aku jumpa pagi tu. Kalau aku stay lagi lama kat bank tu kemungkinan banyak lagi gelagat orang kita kau boleh tengok.

Download Applikasi iMuamalat di Smartphone

Kini semua itu kita boleh elakkan. bagi warga emas bank adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka berurusan. Tapi warga muda belia dan kita yang celik IT tu ini semua boleh dielakkan. Banyak applikasi banking secara online yang boleh di download. Paling terbaru ada lah applikasi dari bank Muamalat iaitu iMuamalat.

Banyak faedah yang kita boleh dapat dari banking online ni. Bukan sahaja boleh jimatkan masa dan tenaga malah ianya sangat memudahkan. 

Selain dari urusan banking dengan iMuamalat ini juga korang boleh buat urusan lain jugak. Seperti tambah kad prabayar anda. tak perlu lagi nak 7Eleven atau kedai-kedai lain lagi.

Jom Pay aku selalu guna untun bayar yuran pengajian UPM
Boleh juga tambah kad prabayar dan ada Hadith harian juga
Maps pun ada untuk vari ATM sekitar korang

Bukan Sekadar Online Banking 

Paling istimewa iMualamat ni sangat islamic. Korang boleh check arah Qiblat, Waktu Solat, dan juga lokasi ATM yang berhampiran. Mudah kan. Semuanya boleh di buat menerusi applikasi iMualamat ini.

Tak perlu nak install banyak-banyak apllikasi dalam smartphone. iMuamalat ini pun dah boleh buat banyak perkara. 

Untuk mengelak dari kita yang sentiasa lalai dengan duniawi applikasi ini juga ada menyediakan Hadith harian. Boleh lah sedikit sebanyak mengingatkan kita tentang hari esok. 

Waktu solat dan arah qiblat sangat penting terutama bila travel

 

Jadi apa lagi. Jom download sekarang di Google Play dan Apps Store anda. 

-----------

Itu sahaja pengajaran untuk kali nih.. kesimpulannya.. merasa la jugak aku duduk dekat bank tu hampir dua jam.. sekian sahaja..