5 Kegunaan Cecair Pencuci Mulut Selain Dari Berkumur

GAYA HIDUP
November 01, 2018 - 01:09 PM


Sudah sinonim Listerine dikenali sebagai Cecair Pencuci Mulut. Tidak kisah le pakai cecair pencuci mulut jenama lain tetap korang panggil Listerine. Tetapi secara amnya tahukah anda cecair pencuci mulut ada kegunaan lain selain dari berkumur? Ini 5 tip kegunaan cecair pencuci mulut atau korang lebih gemar panggil Listerine.

  1. Pembasmi Kutu

Jika korang ataupun mungkin binatang peliharaan anda seperti kucing mempunya masalah kutu cara merawat dengan mudah adalah dengan menggunakan cecair pencuci mulut. Dilarutkan 1 bahagian dengan 5 bahagian air dan digunakan untuk mencuci atau disembur pada kawasan yang terbabit. Amalkan 2 kali sehari nanti mati lah kutu-kutu tersebut.

 

  1. Kaki Busuk

Jika seharian korang memakai kasut atau melakukan aktiviti lasak semestinya kaki anda akan berbau. Bau busuk ini akibat terkumpulnya bakteria di kaki, cara untuk membunuh serta mewangikan kaki anda semula adalah dengan mencampur 1 bahgian cecair pencuci mulut kepada 3 bahagian air suam kedalam baldi dan rendamkan kaki anda selama 30 minit. Lepas tu bilas kaki anda dengan air biasa, maka wangi dan hilanglah bakteria dari kaki korang.

 

  1. Mencuci Mesin Basuh

Pernah tak korang bia pakai mesin basuh dirumah lama-kelamaan dalam mesin basuh tu berbau hapak? Ini juga akibat bakteria dan kulat yang mula terkumpul. Untuk menghilangkannya sekali sekala campur lah sedikit cecair pencuci mulut dengan cucian. Kemudian cuci le baju anda seperti biasa.

 

  1. Pengganti Deodoran

Pernah tak bila nak bersiap keluar dengan makwe atau pakwe ke, tiba-tiba tengok deodorant dah habis. Alamak... muka dah hensem dan lawa tapi ketiak bau masam le pulak. Tak perlu panik, amik tisu basahkan dengan cecair pencuci mulut dan lap pada ketaik korang. Lepas tu pergilah “dating” dengan penuh keyakinan. Tapi jangan lupa beli deodoran sebelum balik rumah.

 

  1. Legakan Gigitan Serangga

Ini tip pastinya berguna kepada korang yang selalu keluar camping atau mempunya anak kecil. Bawa botol kecil cecair pencuci mulut sekali, pastinya lebih murah dari ubat khusus untuk gigitan serangga. Letak sedikit di hujung tisu atau kain bersih dan sapu dikawasan yang terkena gigitan. Nanti lega sikit rasa bengkak gigitan tu. Tapi kalau kena sengat tu baik bawak jumpa doctor secepat mungkin ye.

Mungkin anda juga berminat hendak tahu tip berkenaan Travel Dengan Anak Kecil . Sekian sahaja buat masa ini. Rileklah.