5 Kerja Part Time Pelajar Universiti Boleh Buat Untuk Atasi Poket Kering. No 5 Tu Ramai Yang Buat

GAYA HIDUP
March 02, 2018 - 04:13 PM


Zaman sekarang jadi student universiti pun banyak nak pakai duit. bagi mereka yang lahir dalam kalangan keluarga yang sederhada atau susah pastinya terkesan dengan keadaan ini. Untuk elakkan dari duk menyusahkan mak bapak dari kecik sampai bewsar eloklah kalau korang cuba buat kerja part time untuk tampung perbelanjaan korang di universiti.

Nak kata student tak der masa tu tak yah tipu lah aku pun pernah masuk universiti juga tapi hidup je sampai grad dengan kerja part time. Ni nak hidup mewah, nak beli itu ini tapi kerja malas. Aku ni bukan lahir dari keluarga senang tapi masa zaman belajar tu tak ada lah sempit sangat hidup sebab aku buat kerja part time masa belajar. Kalau korang rasa tak mampu boleh cuba buat 5 kerja ni yang aku rasa tak der masalah pun buat secara part time.

1. Guru Tuisyen

Ha, kalau dah bergelar pelajar universiti mestilah bijak pandai kan?

Apakata try apply jadi guru tuisyen. Boleh juga mengaplikasi ilmu yang ada kan. Servis perkhidmatan sebenarnya amat menguntungkan, kerana tiada modal permulaan yang diperlukan oleh pelajar, hanya memerlukan kemahiran mereka dalam sesuatu bidang itu sahaja.

Untuk pelajar yang mempunyai kebijaksanaan dalam sesuatu subjek pula, ada yang akan diupah rakan pelajar lain untuk memberikan mereka perkhidmatan tuisyen secara persendirian. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai pencetak mereka sendiri pula, ada juga yang menawarkan khidmat mencetak untuk tugasan atau tesis pelajar sendiri. Kebiasaannya harga yang ditetapkan, tidak lah tinggi. Mungkin sama harganya berbanding dengan yang dikenakan oleh kafe siber atau kedai-kedai yang terdapat di universiti.

2. Agen Dropship di Media Sosial

Ada macam-macam produk yang anda boleh jual kat luar sana, sama ada gadget, smartphone, tab, barangan kosmestik, barangan kecantikan dan sebagainya. Semua ini boleh dilakukan menggunakan kaedah dropship sahaja. Jangan mengada-ngada nak keluar modal untuk simpan stok melainkan korang benar-benar yakin dah ada ready buyer. Sebagai pelajar, tugas dan tanggungjawab hakiki anda adalah untuk BELAJAR. Itu sahaja.

Namun, ini bukanlah bermaksud anda tak boleh cuba-cuba untuk ceburi bidang perniagaan. Anda memang sangat digalakkan untuk berniaga, TETAPI jangan sampai anda disibukkan dengan hal-hal perniagaan melebihi hal-hal pelajaran.

Bagi korang, yang penting rezeki yang diperoleh dapat menampung kos perbelanjaan ketika di universiti. Namun begitu pembahagian masa dan disiplin adalah perkara yang sangat penting bagi seorang mahasiswa dan mahasiswi.

3. Promoter butik

Pekerjaan promoter ini kebiasananya hanya memerlukan korang berkerja separuh masa atau part time sahaja. Jadi bagi karang yang ingin mencari duit tambahan amatlah digalakkan untuk memohon kerana ia merupakan satu alternatif yang terbaik untuk mecari side income. Bayaran gaji sebagai promoter adalah dikira mengikut per jam dan bukanlah per bulan sesuailah untuk pelajar yang memerlukan duit tu.

4. Krew Restoren

Ini antara pilihan paling popular! Sebab kebiasaannya memang mereka selalu je nak ambil orang dan kebanyakan staff pun bekerja secara sambilan je. Korang yang bekerja untuk memperoleh wang tambahan semata-mata atas keinginan untuk membeli barangan yang dihajati.

Ada yang sanggup bekerja di cawangan restoran makanan segera, menjadi juruwang di kedai-kedai serbaneka, bekerja di pasar raya dan sebagainya. Namun tidak kurang juga yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan.

5. Blogging

Buat korang yang ada minat untuk menulis dan kreatif dalam penyampaian cerita, ini pilihan paling best! Pendapatan pun boleh tahan masyuk kalau korang memang ada follower tetap. Malah, ada juga agensi pengiklanan yang sering cari copywriter untuk menulis iklan mereka.

Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah seperti menaip tugasan atau tesis untuk pelajar lain, menulis artikel untuk laman web, memberi servis penulisan kreatif atau membuat terjemahan artikel atau buku. Ada juga yang menghantar karya-karya penulisan mereka ke majalah atau akhbar untuk slot-slot rencana ataupun cerpen