5 Perkara Yang Korang Akan Menyesal Bila Dah Tua Nanti, Percayalah!

GAYA HIDUP
November 10, 2017 - 12:39 PM


 

 

Hari makin berlalu, umur pun makin matang, suatu hari nanti kita semua pasti akan tua juga. Dalam kesibukan kita sedang berusaha untuk mencapai sesuatu, kita sepatutnya perlu ada masa terluang untuk diri sendiri., pendek kata 'self reward'.

 

Jangan terlalu fokus mengejar sesuatu sampai kita lupa nilai hidup, semua orang mahukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan mereka.

 

Jadi, lakukan apa sahaja yang buatkan korang rasa puas. Jika tidak, bila dah tua nanti mesti korang akan menyesal.

 

1. Travel Sewaktu Ada Peluang

 

Kita semua berharap kita dapat melakukan perjalanan lebih banyak. Jadi apa yang menghalang korang daripada pergi dan melihat dunia sekarang? Travel mampu meluaskan lagi pemandangan dan fikiran korang.

 

2. Terlalu Fikirkan Apa Yang Orang Katakan

 

Jika ingin melakukan sesuatu yang boleh menambahbaikkan diri Korang, abaikan sahaja kata-kata orang jika korang betul-betul berminat. Jika apa yang dikatakan oleh orang ramai itu sebagaipenghalang. Sampai bila-bila korang takkan ada kemajuan dalam diri. Orang ni kadang-kadang sengaja tak nak bagi kita lebih daripada mereka.

 

3. Kerja Yang Melampau

 

Perkara yang paling sesuai untuk dilakukan adalah cuba mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan. Jangan biarkan matlamat profesional korang mengganggu kehidupan peribadi korang, atau lebih teruk, mangambil alih hidup. Ingatlah bahawa orang-orang keliling adalah orang yang penting dalam hidup.

 

4. Tidak Meluangkan Masa Bersama Anak-Anak

 

Semasa Kecil Bagi yang dah berkahwin dan berkeluarga, melaburlah dalam pendidikan anak anda dan setiap pelaburan itu akan menjadikan dunia anda lebih baik. Selain itu, main dengan mereka dan rajinlah berkomuniasi dengan mereka kerana untuk masa depan yang lebih cerah. Ramai ibu bapa mengadu mereka merasakan mereka tidak cukup dan amsih belum puas untuk bersama anaknya apabila dewasa.

 

5. Takut Menghadapi Risiko

 

Berani menghadapi risiko akan membuat hidup korang berbeza sama sekali. Jangan sekali-kali membataskan diri untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan, kerana korang layak meraihnya. Menurut pepatah, sudah tiba masanya untuk mencuba dan menentang graviti. Chewah!