5 Tips Berguna Sebelum Pulang Ke Kampung!

GAYA HIDUP
March 14, 2024 - 02:51 PM


Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan. Sudah tentu ramai yang merancang untuk pulang ke kampung sempena hari pertama berpuasa. Jadi, daripada anda runsing untuk meninggalkan rumah, berikut adalah 5 tips berguna untuk melancarkan lagi perjalanan pulang anda ke kampung! 

1. Simpan barangan berharga dengan kemas dan tersorok

Pastikan sebarang barang berharga seperti emas, gajet mahupun apa sahaja yang berharga bagi anda disimpan di dalam peti keselamatan atau di suatu tempat yang tersorok.

 

2. Cabut Penutup Kepala Tong Gas & Matikan Punca Kuasa Elektrik Utama

Salah satu cara berkesan untuk elak rumah dari terbakar adalah dengan menanggalkan kepala tong gas dan juga tutup punca kuasa elektrik! 

 

3. Kunci rumah & sebarang akses keluar masuk dengan kemas

Rancang perjalanan anda supaya tidak kelam kabut pada waktunya. Pastikan anda mengunci segala pintu yang boleh diakses dari luar dan juga tingkap dengan kemas.

 

4. Maklumkan Kepada Jiran/Pihak Polis

Nampak remeh, namun bertapa pentingnya kita memaklumkan kepada jiran mahupun pihak polis ketika kita hendak pulang ke kampung. Sepanjang ketidakberadaan kita, jiran dan pihak polis boleh memantau jika sebarang insiden yang mencurigakan berlaku.

 

5. Periksa Kereta Anda

Antara faktor yang paling penting demi memastikan perjalanan pulang ke kampung anda berjalan lancar adalah dengan memastikan kereta anda berada dalam kondisi terbaik dan selamat untuk menempuh perjalanan yang panjang.

Berita baik untuk anda! Hasil kerjasama sekian lama antara PETRONAS Syntium dan Lim Tayar, mereka menyediakan tawaran istimewa servis kereta sempena bulan Ramadan! Melalui ”Ramadhan Deals” bermula dari 5 hingga 22 Mac 2024.

Anda bukan sahaja bakal menerima servis terbaik, bahkan berpeluang untuk berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Damansara untuk 2 orang!

Caranya cukup mudah, anda boleh walk-in ke 7 cawangan Lim Tayar yang tertera di bawah atau anda boleh layari  limtayarisonline.com.my  untuk pembelian PETRONAS Syntium Car Service Package secara atas talian!

1. Lim Tayar Seremban 

2. Lim Tayar Kota Damansara

3. Lim Tayar Ampang Jaya 

4. Lim Tayar Gombak 

5. Lim Tayar Section 13 Shah Alam 

6. Lim Tayar Selayang 

7. Lim Tayar Taman Tun 

 

Ada dua jenis pakej menanti anda, iaitu Pakej A dan B!

Untuk pakej A anda bakal terima:-

  • PETRONAS Syntium 3000 E 5W40 (4L)- fully synthetic x1 
  • Oil Filter x1 
  • 15 check points x1
  • Kos Buruh
  • Hadiah Percuma x1 (sementara stok masih ada)
  •  Additive x1 • Engine flush plus

Untuk Pakej B anda bakal terima:-

  • PETRONAS Syntium 3000 E 5W40 (4L)- fully synthetic x1 
  • Oil Filter x1 
  • 15 check points x1 
  • Kos Buruh
  • Hadiah Percuma x1 (sementara stok masih ada)
  • Injection cleaner x1 

Setelah selesai mendapat khidmat servis kereta pakej PETRONAS Syntium, anda cuma perlu imbas QR kod yang tertera, lalu isikan butiran dan sertakan resit pembayaran. Anda boleh terus RSVP slot berbuka anda untuk 2 orang di Hotel Royale Chulan Damansara pada 23 Mac 2024 nanti!

Mudah bukan? Jadi tak perlu runsing kepala untuk servis dan periksa kereta anda bersama Lim Tayar dan PETRONAS Syntium untuk pulangan yang lebih berbaloi sebelum anda pulang ke kampung! 

 

#PETRONASRaya #CoolTech #CoolTech+ #ControlTheHeat #PETRONASSyntium

Destination: