7 Cara "Selfie" Dengan Betul Dan Berkesan Korang Boleh Cuba di Hari Raya Nanti




kredit gambar: Ig @alyimn

Selamat hari raya! Eh awal lagi. Biasanya di musim raya ni timeline media sosial akan di penuhi dengan gambar-gambar hari raya. Macam-macam ragam dan style akan kita jumpa. Kalau sebelum ni kecoh selfie atas kubur, tahun ni entah gaya macam mana pulak yang akan viral.

Selain tu tak kurang juga yang memang nak nampak gempak dalam gambar. Sampai terpaksa guna 40 filter dan macam-macam apps lagi bagi memastikan gambar di ambil "perfect" akhirnya gambar makin teruk. 

Sebenarnya tak perlu pun semua filter tu. Just belajar teknik-teknik selfie dengan betul jer. 

Meh sini aku ajar sikit cara-cara nak ambil gambar selfie dengan betul dan berkesan. Barulah gambar kita sentiasa gempak persis insta famous semua tu.

7 Cara Selfie Secara Sempurna!

1. Gunakan Lidah!

Uishhh guna lidah untuk selfie? Lidah tu bukan korang keluarkan pastu jilat-jilat bibir. Maksud aku semasa senyum lidah korang pastikan mencecah lelangit bahagian atas. Sebab bila korangbuat macam tu secara automatik ianya membuatkan masalah "double chin" hilang. Tak caya try buat! Haha mesti korang terus buatkan bila baca ni... lagi satu cara ni boleh buat leher korang nampak panjang macam model gittew.

2. Cari Angle.

Cari angle yang terbaik mengikut paras wajah anda. Kalau aku biasanya aku akan bergambar belah kiri. Elakkan shoot gambar depan atau "direct head-on-shots" sebab ianya membuatkan wajah korang nampak lebar dan besar. Cara terbaik pusing sikit wajah tu tak kisah kiri ke kanan (ikut angle terbaik) pastu dagu tu angkat sikit. Jangan banyak tau! sikit je. 

3. Pusing Badan dan Pastikan Tangan di Posisi Yang Betul

Nak nampak bergaya boleh cuba pusing badan korang tu 45 darjah! Agak-agak sendiri lah 45 darjah tu macam mana. Pastu kaki tu ke depan sikit. Boleh tengok gambar di bawah. Aku nak explain pun susah ni.

4. Senyum dengan betul

Haa senyum pun ada teknik dia. Bukan main senyum jer. Jangan senyum terlalu banyak kang nanti wajah korang nampak tegang lak. pastu mata jadi sepet. Korang boleh cuba rileks dan senyum lah dengan ikhlas. 

5. Gunakan "Prop"


kredit to instagram @nameeroslan

Untuk elakkan gambar nampak kosong, korang boleh cari "prop" untuk membantu gambar lebih berseri. Biasa aku guna buku jer. Ni kalau nak ootd. 

6. Pilih Background

Kadang-kadang background pun memainkan peranan penting. Pastikan background tu tak overshadow korang. Sekarang ni viral untuk pilih background jenis "season" kadang-kadang zink buruk pun boleh jadi background. 


kredit to Facebook Lisa Nurulain

7. Lighting

Pencahayaan memang sangat penting. Lebih baik kalau cahaya semula jadi. Tapi aku cuka juga cahaya lampu warna kuning tu. Kulit nampak sempurna sangat.

Special Tips!

Ok yang ni special punya tips aku bagi. Korang boleh amalkan Flavettes Effervescent Glow. Hanya perlukan 1 tablet je setiap hari untuk membuatkan kulut wajah korang glowing. Sebab Flavettes Effervescent Glow mengandungi Vitamin C untuk menyokong penghasilan kolegen, Glutathione membantu penyahtoksin dalam badan dan membantu mencerahkan kulit, dan Vitamin E bertujuan untuk melindungan dan memulihkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni korang boleh ambil selepas sahur. 

Bagi perempuan yang suka make-up tebal-tebal tu mesti akan hadapi masalah make up cair kan. Pastu kulit kusam, pastu berpeluh peluh. nak selfie pun tak der mood. Nak makeup makan masa lagi. Jadi eloklan kalau korang cuba Flavettes Effervescent Glow ni barulah kulit korang “natural glow”. 

Selian tu penting juga buat excercise muka setiap pagi dan banyakkan minum air masak untuk hasil yang lebih baik. Excercise muka juga boleh mengurangkan kesan "eyebeg" pada wajah dan mengekalkan kelembapan wajah. Boleh lihat tutorial di bawah cara-cara excercise muka.

Matlumat Lanjut:

Selamat mencuba dan Good Luck!