7 Katil Paling Mewah Dan Mahal Di Dunia



Cuba korang bayangkan, badan dah letih, mata dah berat dah tentu korang akan bayangkan tilam dan bantal dekat rumah, betul tak? Tapi, ada sesetengah orang tu, tak payah tunggu tilam atau bantal, kalau dah mengantuk, atas meja pun boleh.

Selain dapat merehatkan badan dan mengumpul kembali tenaga untuk hari baru, katil dan tilam juga memainkan peranan terhadap kualiti tidur yang kita dapat setiap hari.

Namun, untuk mereka yang mampu memang akan banyak wang akan dibelanjakan untuk mendapatkan tilam dan katil yang terbaik bagi tujuan ini, bagi yang tidak, tilam nipis beralaskan lengan pun lebih dari cukup sebenarnya.

Sebut pasal tilam dan katil mahal ni, pernah dulu terjumpa katil yang harganya berpuluh ribu dekat kedai di Malaysia ni. Katil sahaja tau, bukat set bilik tidur. Ingatkan itu dah paling mahal, rupanya… Ada lagi katil yang lagi mahal dan mewah.

Ini ada 7 katil mewah dan termahal di dunia.

 

#7. Sphere Bed – RM 201,000

Selain korang boleh reka sendiri bentuk dan warnanya ikut kegemaran korang, katil ini didatangkan dengan pemegang air dan set tv.

Selain boleh tengok tv, sambil minum air atas katil, set ini juga dilengkapkan dengan cermin dan lampu led. Dengan harga USD 50,000 (RM201,000) katil ini merupakan yang paling murah dalam senarai ini.

 

#6. Katil Cosmovoide – RM240,00

Macam nak beli kereta! Kalau sanggup nak belanjakan sejumlah itu untuk sebuah katil, boleh cuba katil Cosmovoide ni.

Katil mewah berbentuk seakan-akan telur ini bertemakan teater. Sangat unik kerana ia dilengkapi dengan sistem seperti di panggung wayang. Ada tv, sistem bunyi, LED dan pemain DVD. Lengkap!

Apa yang lagi menarik, ia dipasangkan dengan satu unit telefon. Kalau ada orang call pagi-pagi, takpayah susah-suah bangun dari katil. Dari segi reka bentuk, ia diperbuat seakan-akan buaian dan menggunakan dua buah tilam yang dipasang pada rangka katil. Ia boleh meregangkan badan mengikut bentuk.

 

#5. Majesty VI -Spring – RM340,000

Sekali pandang, katil ni kelihatan macam katil biasa yang ada di rumah-rumah kita, namun hakikatnya, set ini mencecah harga RM340,000. Set ini didatangkan dengan rangka, divan, tilam dan juga bantal.

Kelebihan yang membuatkan harganya mencecah 300,000 adalah tilamnya yang diperbuat menggunakan 6,000 spring, selain dijahit dan dilapiskan dengan sutera. Bulu kambing dan kapas.

Sebagai pelengkap, ia disulam pulak dengan lapisan perak dan emas. Patutlah harga dia macam tu!

 

#4. Pernian Furniture – RM840,000

Parnian Furniture merupakan syarikat yang telah menghasilkan antara katil yang termahal di dunia. Lebih kepada ‘custom-made’, ciri-ciri dan bahan untuk membuat sebuah katil boleh dipilih oleh pemilik dan harga boleh mencecah RM840,000 seunit.

Untuk yang ini, ia mengambil masa 2 tahun untuk direkabentuk serta tambahan 8 bulan untuk tukang kayu menjadikannya sebuah katil.

Antara bahan-bahan yang ada adalah emas, kayu dan keluli tahan karat. Harganya menjadi mahal sebabkan kualiti dan sebenarnya ia adalah katil buatan tangan yang diukir.

 

#3. Jado Steel Style Gold – RM2.7 juta

Silau! Macam menganggu pun ada. Tapi, jika tak dihasilkan daripada emas dan kristal Swarovski, tak mewah la kan? Katil ini dilengkapi dengan internet, pemain DVD, PlayStation dan sistem bunyi binaan dalaman.

 

 

#2. Katil Terapung Magnetik – RM 8.4 juta

Ini baru betul, definisi tidur di awang-awangan. Hehe. Katil terapung ini memang awesome. Dikenali dengan nama Magnetik Floating Bed, dalamannya mempunyai magnet seberat 680 kilogram.

Magnet inilah yang membuatkan katil ini kekal di udara. Selain itu, ia ‘terpaksa ditambat’ oleh wayar besi untuk mengelakkannya terbang atau bergerak-gerak.

Pada kami, ini betul-betul katil yang mahal, disebabkan katil lain ada penambahan macam tv dan sebagainya, ini memang katil sahaja. Tanpa tilam tau!

 

#1. Baldacchino Supreme – RM 25 juta

Pandangan petama pada katil ni pun memang dah jelas nampak ianya bukan biasa-biasa. Katil bangsawan ni.

Dari segi reka bentuk dalaman, katil ni diperbuat daripada kayu yang terbaik iaitu Ash dan Cherry. Selain buatan tangan, katil ini dihasilkan oleh pereka Stuart Hughes dan beliau menggunakan 107 kilogram emas 24 karat.

Selain itu, antara perincian yang ada ialah corak dekoratif kecil menyerupai daun emas. Sememangnya diperbuat daripada emas jugak lah.

Tak cukup dengan itu, ia dihias pula dengan kain sutera dan kapas yang terbaik di dunia dari Itali. Segalanya diperbuat menggunakan tangan dan boleh di-customize sepenuhnya. Boleh juga kalau pelanggan ingin benamkan berlian mahupun batu lain, ikut poket lah. Hehe.

Setakat ini, ia dijual pada harga RM25 juta dan hanya ada dua unit sahaja yang dihasilkan, pemiliknya pula tak dapat dikenalpasti.