8 Perkara Yang Tidak Harus Anda Lakukan di Gym

GAYA HIDUP
July 13, 2017 - 04:44 PM


Rata-rata sekarang ramai yang sudah mula rajinkan diri ke gym. Semua nak badan "sado". Tapi jangan sekadar nak sado sahaja, peraturan di dalam gym kena lah ikut. Barulah nak workout pun selesa. 

Bila ke gym tu kalau boleh janganlah pentingkan diri sendiri. Lain lah kalau gym itu kita yang punya. Nak guling-guling pun boleh.

Jadi, bagi mereka yang nak pergi gym atau baru nak gi gym ini 8 perkara yang jangan lakukan di gym. Yang dah "otai" tu aku rasa memang tak ada maslah dengan semua perkara ini.

1. Jangan Biarkan Peralatan Gym Terdedah Kepala Peluh Anda

Peluh tu perkara biasa bila kita workout kat gym. Which is a good thing. Tapi janganlah biarkan peluh-peluh tu melekat kat peralatan gym. Lepas guna tolonglah lap balik. Orang lain pun nak guna juga. Sila guna kan tuala yang korang guna tu untuk lap. Seperti kita tahu majoriti peralatan dalam gym di perbuat daripada leather, Jadi selagi kita tak lap peluh tu akan ada kat sini. 

#tip sila bawa tuala kecil untuk workout.

2. Jangan Lepak Dekat Peralatan Kalau Tak Guna

Perkara ini biasa juga aku lihat berlaku dekat gym. Ramai duk melepak dekat peralatan padahal tak guna pun. Lepak kat peralatan sambil layan phone, check email, selfie. Masa tu jugalah nak buat semua benda tu. Kadang-kadang kita tak sedar ramai lagi orang tengah tunggu nak guna peralatan tu. 

#tip ingat kita ke gym untuk workout.

3. Gunakan Telefon dengan Loudspeakers

Ini merupakan salah satu etika yang kita perlu kita tahu bila di tempat awam. Sila hormati pengguna lain. kadang-kadang sembang sampai berjam-jam hingga boleh menggangu orang lain. Lagi satu jenis yang suka dengar muzik kuat-kuat. Walaupun pakai earphone tapi orang sebelah masih boleh dengar.

4. Kongsi

Ya. Aku highlight kan kongsi. Peralatan di gym ni untuk semua orang. Janganlah nak conquer sensorang. Masa tadika dulu pun cikgu ada ajarkan mainan untuk di kongsi. Kalau guna treadmill tu jangan lama-lama kalau ada yang tunggu nak guna. Ni 2 jama dia sorang je berlari atas tu. Kalau tak ada orang lain cerita. 

5. Sila Letak Dumbell di Tempat Asal

Perkara asas tapi masih ramai lagi buat tak tahu sebab dalam fikiran "tak apa lepas ni pekerja gym akan susun balik" Hello. Ko guna ko lah susun. 

#tip Dumbell yang ada kat lantai boleh medatangkan kecederaan kalau ada yang terjatuh

6. Jangan Beri Tekanan Kepada Pengguna Lain

Aku sendiri pun tak suka kalau aku sedang workout ada orang pandang-pandang sebab nak suruh kita habiskan cepat. Sesetengah orang duk tercegat je kat tradmill tu, perkara ni boleh bagi tekanan kat pengguna. 

7. Jangan Lambat

Kalau ada kelas zumba ke apa ke jangan lambat kecuali betul-betul ada alasan yang kukuh.

8. Loker 

Ada sesetangah orang guna loker macam loker tu bilik dia sorang. Tahulah badan tu sado dan helok tapi jangan lah nak menunjuk sangat. Ini boleh membuat orang lain rasa kurang selesa. Mungkin bagi sesetengah orang ada yang suka boleh cuci mata katanya. Tapi tak perlukan nak show off sangat. Kang orang ambil gambar sebarkan kat internet tahu pulak malu.