Ada GST Bising, Ada SST Pun Bising, Jom Baca Tip Hadapi SST di Malaysia

GAYA HIDUP
September 06, 2018 - 06:35 PM


September 2018 nampaknya lahirlah SST di Malaysia setelahj berkuburnya GST baru-baru ini. Namun kemarahan dan rungutan netizen tentang GST pun masih belum reda, kerajaan baru PH memperkenalkan pula SST.

Tahukan korang dengan merungut kat media sosial tu tak boleh membantu taraf hidup korang? Cukai ni bukan Malaysia sahaja yang kena. Semua negara ada cukai. Jadi nak merungut teruskanlah merungut. Aku bukan setjuk dengan SST dan GST tapi terima atau tidak kita kena lalui juga. Baiki diri dulu. Kerajaan kejam sebab dunia yang kejam. Nak survive kena pandai-pandailah jaga diri.

Jangan banyak soal, banyak songeh jom baca 7 tip ini untuk hadapi SST.

1. Analisa Kewangan Peribadi

Aku analisa balik perbelanjaan bulanan aku sebelum ni. Aku selidik dekat mana kebocoran wang berlaku. Berapa kos sara hidup aku, berapakah belanja makan sebulan aku. Berjimat cermat dan potong perbelanjaan tak patut.

2. Do It Yourself

Buat sendiri kalau kau rasa boleh buat. Basuh baju sendiri tak perlu pergi dobi. Rasa nak minum kopi mahal pergi beli kopi paket kat pasar raya. Tak payah pergi kedai kopi hipster.

3. Buat Perbandingan

Aku tak akan belanja sesuka hati. Aku akan belanja apa yang perlu. Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Tengok harga dan buat perbandingan dulu sebelum beli barang. Biasanya barang laris dan mahal akan diletakkan di paras mata kau.

Jadi, kau boleh tengok bahagian bawah sikit. Ada je banyak barang bagus, cuma jenama buat dia jadi mahal. Barang mahal tak semestinya bagus dan barang bagus tak semestinya mahal.

4. Jangan Berhutang

Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon pintar tak perlu nak berhutang. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak. 

5. Masak Sendiri

Sabtu Ahad tak pergi mana elok makan dekat rumah je. Masak sendiri. Masak simple-simple tapi berkhasiat. Boleh bawa bekal ke pejabat juga. Kurangkan makan tempat yang ada service caj 10% tu.

6. Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup di bawah kemampuan ni bukan buat diri kau hina. Biarlah pergi pasar raya pakai selipar pun. Biarlah pakai baju bundle pun. Asalkan semua selesa. Jangan ikut sangat arus perdana anak muda tu. Pakai Honda Civic Type R bagai tapi simpanan RM2K pun takde. 

7. Tambah Ilmu

Apa-apa pun, ilmu penting. Baca sikit mengenai pengurusan kewangan. Biar tahu apa itu aset dan liabiliti. Ini duk baca novel je. Baca fakta anak bongsu la, baca pasal artis kahwin la. Pesen suka baca yang tak berfaedah.

*****

Jangan terlalu merungut kerana merungut tidak akan mengubah apa-apa pun. Kita sendiri kena bertindak dan berusaha membaiki kewangan sendiri.

Kalau manjang je makan tempat hipster mahal pastu bising kena servis caj. Buat malu je.

Jadi, apa pelan korang menghadapi SST dan peningkatan kos hidup?

-Amir Syahir