Adakah Sesuai Membeli iPhone Pada Ketika Ini?

GAYA HIDUP
August 07, 2018 - 11:05 AM


Bagi mereka yang tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk membeli iPhone, anda boleh baca pendapat dari saudara @XavierNaxa tentang waktu yang sesuai untuk beli iPhone. Memandangkan harga iPhone terlalu tinggi jadi seeloknya rancanglah perhbelanjaan anda sebaiknya.

Seperti diketahui umum bahawa harga iPhone pada ketika ini adalah berkadar sifar bermakna tiada lagi caj 6% yang perlu anda bayar semasa membeli iPhone

Jika dilihat pada konteks ini, adalah sesuai untuk anda membeli iPhone disaat GST berkadar sifar.

Namun, terdapat satu halangan yang boleh dianggap penyebab utama mengapa anda perlu menangguh seketika. Jika dilihat secara kasar, Apple secara kebiasaannya akan mengadakan Acara Khas pada bulan September yang memfokuskan kepada pelancaran iPhone.

Ini bermakna pada bulan hadapan kebarangkalian Apple mengadakan acara khas adalah tinggi. Sekiranya Apple melancarkan iPhone baharu kelak. Kebiasaannya harga bagi iPhone X, iPhone 8/Plus dan iPhone 7/Plus akan turun.

Namun, terdapat khabar angin bahawa iPhone X akan ditamatkan pengeluarannya. Ini bermakna stok bagi iPhone X kemungkinan sangat terhad di pasaran. Manakala bagi model iPhone 8/Plus dan iPhone 7/Plus kemungkinan akan mengalami pelarasan harga baharu.

Jika dilihat pada pelarasan harga bagi iPhone 7/Plus sebaik sahaja iPhone 8/Plus dan iPhone X dilancarkan terdapat pengurangan harga sebanyak RM450.

  • iPhone 7 32GB RM3199- Harga Lama
  • iPhone 7 32GB RM2749- Harga Baharu

Perbezaan: RM450

  • iPhone 7 Plus 32GB RM3799 - Harga Lama
  • iPhone 7 Plus 32GB RM3349- Harga Baharu

Perbezaan: RM450

Bagi model iPhone 6S pula, terdapat pelarasan harga yang agak ketara iaitu:

  • Phone 6S 128GB RM4199 - Harga Lama
  • iPhone 6S 128GB RM2749 - Harga Baharu

Perbezaan RM1450

  • iPhone 6S Plus 128GB RM4599- Harga Lama
  • iPhone 6S Plus 128GB RM3249 - Harga Lama

Perbezaan RM1350.00

Pengiraan ini termasuk 6% GST

Ini bermakna Apple besar kemungkinan akan menyelaras harga bagi iPhone 8/Plus dan iPhone X sekitar RM350-450 dari harga semasa. Manakala iPhone 7/Plus akan mengalami pengurangan harga yang ketara disebabkan model ini sudah menjangkau usia lebih 2 tahun.

Walaubagaimanapun, pada bulan September juga pihak kerajaan bakal melaksanakan cukai SST. Belum dipastikan bagaimanakah polisi yang akan dikuatkuasakan. Adakah telefon pintar akan terkesan itu belum dapat dipastikan.

Jika dilihat pada formula pengiraan yang dibuat oleh pihak Apple. Kadar nilai asas yang dibuat oleh mereka adalah 1USD = RM4.70. Sekiranya Apple kekal dengan kadar ini, bermakna harga iPhone kelak kemungkinan akan tetap tinggi walaupun mata wang kita berlegar sekitar RM4.00.

Namun, anda harus sedar bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai tanda harga bagi iPhone terendah di dunia. Persoalannya disini adakah wajar membeli sekarang atau tunggu seketika.?

Secara peribadi jika dilihat pada pelarasan yang dibuat oleh pihak Apple. Sekiranya anda ingin membeli iPhone 8/Plus atau iPhone 7/Plus. Kami mengalakkan anda untuk menangguh seketika bagi membolehkan Apple menyelaras kembali harga bagi model terdahulu.

Sekiranya anda ingin membeli iPhone X, kami amat mengalakkan anda membeli model terkini memandangkan tanda harga boleh dikatakan lebih kurang sama dengan harga sekarang.

Selain itu, iPhone X kami boleh anggap antara model permulaan bagi Face ID dan Notch. Lebih baik anda membeli iPhone X generasi kedua yang telah ditambah baik berbanding model sebelumnya. Telah tercatat sejarah bahawa kebanyakan model generasi kedua lebih baik dari pertama.

Kami akui, ramai yang merasakan ini peluang keemasan mereka membeli iPhone memandangkan GST berkadar sifar. Konklusinya, semua terpulang kepada anda sama ada mahu menerima risiko atau sebaliknya.

High risk, high return Low risk, low return

Ambil peluang yang ada ini untuk anda fikir yang terbaik.