Anak Selalu Demam Selepas Mandi Di Kolam Renang, Mereka Mungkin Terkena Jangkitan Penyakit Ini

GAYA HIDUP
December 21, 2018 - 12:45 PM


Tarikan kolam renang ni, kadang kala bukan kanak-kanak sahaja terus melompat masuk, kita yang dewasa ni pun ada kalanya tewas jugaklah dengan godaan air dekat swimming pool tu. Kena pulak kalau cuaca agak best untuk berenang.

Tapi, ibu-ibu bapa-bapa perasan tak kadangkala ada sesetengah kolam renang, bila anak-anak mandi, akan jatuh sakit. Kebetulan semalam, ada ternampak satu perkongsian dari Taufiq Razif.

Dalam perkongsian tersebut, ada menjelaskan kenapa kanak-kanak selalu sakit selepas mandi di kolam renang.

Kalau nak tahu, sebab kanak-kanak sakit lepas mandi kolam renang ni adalah sejenis RWI ataupun nama panjangnya Recreational Water Illness.

Dalam satu kolam renang, ada bermacam jenis kuman seperti E.Coli dan juga parasit macam Cryptosporidium.

Alah, nak risau apa, kan dah diletakkan klorin

Ini adalah tanggapan biasa, Cuma apa yang salah disini ialah bukan semua kuman dan parasit akan terus mati, ada juga yang susah walaupun ditambah klorin.

Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.

Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.

Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.

Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.

Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!

Nak baca lebih lanjut, boleh ke Facebook Taufiq Razif.