Anda Kerap Batuk, Susah Berhenti? Ini Mungkin Penyebabnya

GAYA HIDUP
April 12, 2018 - 01:49 PM


Pernah tak korang alami batuk yang berpanjangan? Sebelum ada yang nak cakap ni iklan, bacalah sampai habis dulu kalau korang alami batuk yang kadang-kadang susah nak baik ni. ( Ini bukan iklan, aj janji! Hehe)

Batuk ni kadangkala boleh menggangu tumpuan kita waktu bekerja, dan menganggu jugak orang lain yang terganggu dengan batuk kita, lagi-lagi yang jenis batuk kuat tu.

Ini mungkin salah satu sebab kepada batuk korang dari sudut perubatan…

 

#1. Refluks Asid

Refluk asid gastroephageal atau asid perut menyebabkan kandungan perut naik semula ke esofagus. Ini secara tak langsung akan menyebabkan pedih hulu hati dan sesetengah kes, akan menyebabkan batuk berpanjangan.

 

#2. Dua Jangkitan

Kadangkala, kita jangkakan semua virus dalam badan telah dimatikan dengan ubat. Tetapi apa yang terjadi adalah, batuk masih berterusan. Ini adalah berkemungkinan daripada jangkitan kuman kedua.

Ini kebiasaannya terjadi apabila anda menghidap selsema dan batuk dan ini akan menghasilkan kahak yang mengandungi bakteria. Apabila ini berlaku, korang mungkin ingin mendapatkan antibiotic yang lain untuk membunuh virus terbabit.

 

#3. Batuk Post-Virus

Selepas serangan virus, sesetengah orang akan mengalami batuk yang agak lama kerana saluran udara/penafasan mereka bertidak balas secara berlebihan terhadap virus tersebut.

Secara tak langsung, tisu otot licin yang melapisi saluran pernafasan akan memerangkap cecair di tempat yang salah. Sesiapa sahaja dan semua orang, selepas keadaan pernafasan yang teruk, boleh mendapat batuk yang kronik.

 

#4. Kualiti Udara Yang Teruk

Jika batuk korang tu berterusan, cuba tengok keadaan sekeliling. Sama ada rumah ataupun tempat kerja. Kadangkala, keadaan sekeliling yang kotor dan berdebu boleh menyebabkan kita mendapat alahan dan ini boleh membawa kepada batuk yang berbahaya.

 

#5. Susah Menelan

Jika korang pernah terasa seperti tercekik semasa makan atau bercakap, ini mungkin salah satu sebab batuk yang berpanjangan tersebut.

Kalau ini masalahnya, dinasihatkan anda berjumpa dengan pakar terapi pertuturan atau berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan latihan menelan makanan.

 

=aj=