Anda Kini Sudah Boleh Shopping Barangan IKEA Secara Online

GAYA HIDUP
August 20, 2018 - 04:20 PM


Buat mereka yang suka produk dari IKEA kini sudah boleh membeli barangan IKEA secara dalam talian, dengan pelancaran secara rasmi kedai atas talian mereka di Malaysia pada minggu ini. 

Menerusi kedai atas talian ini, lebih 9000 produk boleh dipesan terus sebelum dihantar ke rumah pelanggan. Perkhidmatan penghantaran merangkumi seluruh Malaysia dengan kos bermula dari RM40 bergantung kepada alamat penghantaran. 

Namun, aku percaya masih ramai yang akan memilih untuk ke IKEA sebab rasa bila kat IKEA ni lain macam sikit. Kadang-kadang ke IKEA bukan nak beli barang sangat pun, cukuplah dapat tengok design-design untuk diambil inspirasi hiasan rumah sendiri.

Selain itu, orang ramai ke IKEA untuk makan meetball jer.

Bagi mereka yang nak membeli-belah secara online boleh boleh ke https://www.ikea.com/my/en/