Anda Mungkin Fikir 2 Kali Untuk Minum Kopi Setelah Baca Artikel Ini

GAYA HIDUP
August 02, 2018 - 06:15 PM


Ramai yang tak suka kopi, tapi lagi ramai yang suka kopi. Setuju? Ke admin je yang rasa? Kalau bercakap dari sudut perspektif orang yang suka minum kopi, macam-macam sebab mereka boleh bagi contohnya sebab nak dapatkan tenaga, supaya fresh masa buat kerja, otak lagi cerdas, hilangkan mengantuk dan bermacam lagi benda positif yang lain.

Anda tahu tak yang sebenarnya ada sudut gelap kopi yang ramai tak tahu?

1) Minum Kopi Pada Pagi-Pagi Buta

Aik! Bukan ke nak bagi tenaga macam Milo? Kenalah minum pagi-pagi kan? Ada penjelasan saintifiknya! Kalau anda nak tahu, beberapa jam lepas anda bangun dari tidur, hormon stress kortisol anda sebenarnya sedang berada di tahap kemuncak (sebab itu ada yang garang masa baru bangun tidur). Hormon ini agak memuncak masa baru bangun untuk memberikan anda tenaga secara natural.

Nak minum juga? Waktu terbaik adalah dalam sekitar 10 ke 12 tengahari.

2) Minum Kopi Yang Terlalu Panas

Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh the World Health Organization (WHO), air yang berkepanasan lebih daripada 65 darjah Celcius kalau diminum boleh meningkatkan risiko kanser! Bawa bersabar time nak minum kopi tu ya?

3) Minum Mendekati Waktu Tidur

Seperti yang kita tahu, kopi sangat kaya dengan kandungan kafein. Anda tahu apa kafein ni buat pada badan anda? Ia akan meningkatkan ketajaman fikiran, aktif dan seangkatan dengannya yang menghalang anda daripada mendapatkan tidur lena. Kalau esok ada interview, malam ni minum kopi, habislah!

4) Minum Kopi Semasa Cemas/ Panik

Kandungan kafein dalam kopi boleh merangsang sistem saraf dalam badan, ini akan menyebabkan berlakunya gangguan kepada hormon stress yang ada dalam badan. Kalau sebelum minum kopi anda dah rasa nervous, lepas minum kopi makin bertambah nervous tu!

KeN : Aku sendiri pun dah start fikir 2 3 kali dah nak minum kopi selepas ni. Biasanya 2 kali sehari aku minum kopi.