Angka '30' Dipaparkan Di Tempat Awam Seluruh Dunia, Apa Maksudnya?

GAYA HIDUP
October 04, 2021 - 04:46 PM


Tular di media sosial tentang nombor '30' yang dipaparkan di pelbagai tarikan, dan tempat awam. Apa maksudnya? 

Sejak beberapa hari lepas, tular di media-media sosial tentang nombor '30' yang dipaparkan di tempat-tempat rawak, yang menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang apakah maksud nombor tersebut. 

Ramai yang membuat spekulasi, dan antara jawapan yang paling dekat, dan paling mendebarkan berdasarkan skala promosi tersebut, dan jenis font yang digunakan, kebanyakan yakin bahawa nombor '30' tersebut adalah hint untuk kemunculan semula Adele. 

@justrandomedits505

Mysterious number 30 appeared randomly in over 35+ different countries & cities. She’s back ! #adele #album #foryoupage #fyp #viral

♬ original sound - JustrandomSH!T

Walaupun Adele pernah mengeluarkan kenyataan bahawa albumnya sebelum ini, '25' bakal menjadi album terakhir daripadanya yang akan menggunakan angka umur, peminat tetap yakin dengan spekulasi tersebut kerana Taylor Swift turut meminda tarikh lancaran albumnya seminggu awal. 

 Ada juga yang menyangkal spekulasi tersebut kerana Adele kini berumur 33. Namun, tahun ketika umurnya 30 merupakan tahun yang 'besar' buatnya disebabkan kes penceraian dengan bekas suami penyanyi itu. 

Sumber mengatakan promosi '30' besar-besaran itu dijalankan oleh Sony, yang juga menguruskan beberapa rakaman Adele sebelum ini.