Antara Sebab Mengapa Pekerja "Fed Up" Dan Berhenti Kerja Macam Itu Je. Bahagian 1

GAYA HIDUP
October 03, 2018 - 04:13 PM


Setiap pekerjaan ada hala tujuan masing-masing. Mengapa pekerja memilih untuk bekerja bidang itu dan kerja sedemikian. Begitu juga apabila pekerja memilih untuk berhenti kerja. Semuanya bersebab, tak ada nya tiba-tiba mereka bangun pagi dan terus buat keputusan untuk nak berhenti kerja tanpa sebab. Sebab lumrah manusia akan fikirkan dahulu segala tanggungjawab yang perlu dijalankan dan yang paling biasa bil-bil yang masuk bila dah sampai hujung bulan. Duit kereta, sewa rumah, bil telefon, bil elektrik, bil ASTRO macam-macam lagi.

Ekonomi sekarang pun jika kita lihat sangat kritikal terutama dalam bidang pekerjaan, setiap pekerja tahu betapa susahnya untuk mencari pekerjaan buat masa sekarang. Sebab utama seseorang pekerja itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja adalah disebabkan majikan. Nampak tak bagaimana majikan ni mainkan peranan penting dalam alam pekerja. 

Dalam beratus-ratus alasan mengapa pekerja berhenti kerja, ini adalah 20 alasan paling biasa yang akan didengari daripada mereka yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

1. Kerja kuat tetapi tak setimpal dengan gaji

Gaji yang diterima sedikit berbanding dengan kerja yang dibuat. Ini adalah isu yang biasa didengari daripada para fresh graduates. Ada yang mengatakan " biasalah, ini lah lumrah kerja, gaji permulaan tak setimpal dengan kerja yang kena buat." Tapi sebenarnya itu sudah dikira underpaid okay. Mereka ambil kesempatan atas korang. Makin lama kalau begini lah, sampaikan balik lewat malam, hujung minggu pun perlu bekerja tetapi gaji yang diterima sedikit sahaja, boleh menyebabkan pekerja ambil keputusan untuk berhenti. Siapa yang dapat bertahan bekerja berhempas-pulas dan walaupun sudah beberapa tahun berlalu gaji masih lagi ditahap permulaan. Sedangkan pekerja baru yang masuk pun ditawarkan gaji lebih lagi daripada anda.

2. Sering dibanding-bandingkan

Penilaian biasanya akan berlangsung selama tempoh percubaan dan itu bergantung pada company itu sendiri kerana ada yang selama 3 bulan dan ada juga selama 6 bulan. Dalam tempoh ini memang layak lah korang dibuat penilaian daripada bos besar tetapi masalahnya di sini, walaupun sudah lama bekerja majikan masih lagi suka membanding-bandingkan prestasi kerja korang dengan pekerja lain. Paling teruk apabila majikan sampai buat carta kedudukan setiap pekerjanya dalam bentuk ranking. Sering kali memerli pekerjanya yang kurang memuaskan dan bandingkan dengan pekerja lain secara terbuka. Majikan yang sebagusnya, akan berhadapan dengan pekerja tersebut dan bincangkan apa yang mereka berdua boleh ubahkan.

3. Terikat dengan peraturan, dasar-dasar serta birokrasi syarikat.

Apa yang paling melecehkan pekerja adalah apabila syarikat terdapat terlampau banyak peraturan-peraturan yang tidak masuk akal, dasar-dasar serta sistme birokrasi yang terlampau kuat. Segala yang mahu dilakukan mesti rujuk semula kepada dasar-dasar syarikat. Dan segala yang mahu dibuat memerlukan beberapa hari untuk dibincangkan dan diberi kata putus. Perkara sebegini akan merungsingkan pekerja walaupun sebenarnya perlu ada peraturan semuanya dalam syarikat. Tambah memeningkan apabila sistem birokrasinya.

Bukan semua perkara boleh diuruskan dengan sesetengah pihak. Ada perkara yang pperlu dirujuk pada orang atasan tetapi masa yang diambil hanya untuk buat temujanji juga sudah makan masa

Pekerja berasakan tidak bebas dan terikat dalam syarikat tersebut. Tiada ruang untuk mereka membuat kata putus sendiri.

4. Tiada haluan untuk memajukan kerjaya

Impian utama pekerja apabila memasuki alam pekerjaan ini sudah semestinya untuk mencari peluang memajukan diri dan kerjaya. Tak kan lah mahu kekal di jawatan yang sama sampai ke tua bukan? Perlunya untuk memajukan diri selepas beberapa tahun.

Apa yang mereka mahukan adalah peluang yang terbuka diberikan oleh majikan. Okay, pelan ini adalah untuk jangka masa panjang, dan bukannya selepas sebulan dua terus mengharapkan kenaikkan pangkat. Jika selepas beberapa tempoh, majikan masih lagi senyap dan jawatan tertinggi yang terbuka diberikan kepada pekerja baru, seakan masa depan mereka dalam kerjaya tidak terbuka.

5. Orang atasan tidak berpengalaman dan tidak percaya pada pekerjanya

Sesebuah organisasi kalau mahu berkembang memerlukan orang atasan yang berpengalaman dan ilmu yang penuh di dada. Bagaimana mahu menjaga dan mengarahkan pekerja jika tiada pengalaman yang mencukupi. Majikan perlu tahu, pekerja-pekerja sekarang ni ramai yang berpengalaman luas dan boleh mengatasi majikan sendiri. Jika segala keputusan pun majikan tak boleh buat bagaimana mahu dapatkan kepercayaan pekerja.

Hal yang lagi penting adalah apabila majikan tidak percaya pada pekerjanya sendiri. Setiap kerja yang diberikan, mereka akan pantau sepanjang masa dan sering kali bertanyakan bagaimana kemajuan kerja itu. Pekerja rasa rimas dan seperti kelayakannya tidak digunakan dalam kerja yang dilakukan. Anda ambil mereka bekerja disebabkan kelayakan dan atas dasar percaya bukan? Jadi letakkan kepercayaan atas mereka.

6. Sering dikritik dan jarang diberi pujian

Ini perkara yang boleh menjatuhkan motivasi pekerja. Apabila melakukan sebarang kesalah, cepat sahaja majikan akan kritik dan marah tetapi apabila mereka buat sesuatu yang bagus tiada pula pujian diberikan. Majikan hanya nampak perkara negatif sahaja dan bukan positif. Perkara ini makin lama akan membuatkan pekerja kurangnya motivasai untuk bekerja dan timbul perasaan seakan tidak diperlukan khidmat di company itu.

7. Langsung tidak libatkan mereka dalam sebarang pelan organisasi

Sebuah organisasi itu mempunyai majikan serta pekerja. Kesemua pihak sepatutnya terelibat sama dalam sebarang pelan yang diambil oleh company. Ini tidak, sehinggakan office mahu berubah tempat pun langsung tidak dimaklumkan kepada pekerja. Pekerja juga mahu memikirkan tentang rumah mereka adakah jauh daripada office baru, pengangkutan dan amatlah tidak boleh diterima jika kesemua pekerja tidak masuk campur dalam keputusan yang dibuat

8. Pekerja yang tidak bagus dapat kenaikkan pangkat sedangkan ada yang lebih bagus

Isu sebegini berkait-rapat dengan sikap suka membodek majikan ni. Sepatutnya keputusan untuk kenaikkan pangkat dan gaji semuanya dilakukan atas dasar prestasi kerja dan adakah mereka bagus atau tidak. Ianya bukannya terletak pada favouoritism. Jika majikan suka pada pekerja A yang kerjanya tidak bagus tapi pandai ambil hati majikan, sedangkan pekerja B lagi layak dan prestasi kerjanya bagus ini amat lah tidak adil. Hal sebegini lah yang membuatkan pekerja bertindak untuk berhenti kerja kerana sudah nampak hala tuju syarikat itu sendiri dan walau lama mana pun bekerja di situ tidak akan peluang untuk ditawarkan jawatan tinggi.

9. Dilayan sebagai pilihan bukannya keutamaan

keutamaan? Ini lah perasaan yang paling menyakitkan hati sekali. Majikan yang melayann pekerja sebagai bukan keutamaaan sememangnya akan menyakitkan hati para pekerja. Pekerja lah aset utama dalam sesebuah syarikat dan tanpa mereka kerja tak akan jalan.

10. Kebajikan pekerja perihal keluarga tidak dilayan langsung

Ada masanya pekerja perlu ambil cuti kecemasan disebabkan hal keluarga yang tidak boleh dielakkan. Hal berkaitan sakit dan sebagainya mana kita boleh elak bukan? Apa yang membuatkan pekerja terasa adalah apabila mereka ambil cuti kecemasan beberapa hari untuk menjadi ibubapa yang sakit dan majikan telefon bukannya mahu bertanya khabar tetapi yang diingatnya adalah hal kerja yang tertangguh dan tidak disiapkan. Seakan pekerja ini tiada makna dan mereka hanya mahukan mereka untuk bekerja sahaja, tiada nilai prihatin. Pekerja bukan robot tanpa perasaan okay.

*******

Okay itu antara 10 alasan kenapa pekerja mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ada beratus lagi alasan yang kita biasa dengar, namun untuk kali ini, kami sediakan 10 sebab sahaja. Mungkin di masa akan datang kami akan sambung sebab-sebab lain...