Aplikasi Perlu Ada Untuk Solo Traveller

March 27, 2019 - 03:18 PM


Keputusan untuk travel berseorangan sememangnya sukar. Baik untuk traveller tegar, mahupun ‘newbie’ yang nak mula berjinak travel solo, kadangkala nak berjalan ke satu tempat yang asing boleh dikatakan menakutkan jugak.

Satu perkara yang best pasal solo travel ni, kita tak payah pening nak sesuaikan tarikh dengan orang lain. Kedua, segala perancangan dan iteneri kita sendiri yang tentukan. Tak bergantung kepada orang lain atau agen.

Bila solo travel ni, segala-galanya kita kena buat sendiri. Dari sudut positifnya, dari situ kita belajar banyak benda. Cara nak booking flight, nak tempah penginapan dan nak tentukan tempat makan.

Dari segi pengalaman, bila travel secara solo, kita akan lebih banyak habiskan masa dengan telefon. Bukan nak kata kita jadi anti-sosial, cuma kita akan kerap rujuk internet dan media sosial untuk mendapatkan tips atau tempat menarik di sekitar kita.

Selain itu, sekarang ni dah banyak aplikasi percuma ataupun berbayar baik untuk pengguna android yang ditawarkan di PlayStore mahupun pengguna Apple yang ditawarkan di AppStore.

Kesemua aplikasi dibawah ni boleh didownload sama ada untuk pengguna iOS ataupun android.

TRAVEL PLANNER

Untuk merancang satu-satu trip supaya smooth, sekurang-kurangnya kita perlu ada gambaran macam mana hari-hari kita disana nanti. Sebenarnyalah, sebelum travel, kita kena rajin survey tempat-tempat menarik atau aktiviti yang boleh kita buat dekat tempat kita nak tuju nanti.

Bila dah ada sikit input, kita masukkan dalam plan. Taknak ikut bulat-bulat tak apa, asalkan ada guideline. Aplikasi dekat bawah ni untuk korang gunakan nak plan trip korang ye…

TripIt

Senaraikan atau sekurangnya ada plan untuk satu-satu trip sangat penting supaya korang tak banyak membuang masa untuk cari itu ini, sebagai contoh, di TripIt ni, dia dah combinekan semua perkara yang korang dah confirmkan macam contoh tempahan hotel, tour dan sebagainya. Yang bestnya, dia akan sync kan dengan email untuk sediakan satu iteneri lengkap. Termasuklah notifikasi penerbangan .

 

PackPoint

Satu lagi aplikasi yang korang boleh gunakan adalah Pack Point. Yang bestnya pasal pack point ni, dia siap sertakan ramalan cuaca mengikut tarikh dan destinasi yang korang dah tentukan.

Korang godek-godeklah lagi aplikasi ni nanti, ada macam-macam yang dia boleh aturkan macam contoh korang nak berenang ke, hiking ke dan lain-lain. Sangat best.

 

Google Trips

Perkhidmatan google trip ni sebenarnya dah lama ditawarkan, sejak 2016 lagi tapi tak ramai yang perasan kewujudan aplikasi ni.

Apa yang best pasal google trip ni, dia akan susun iteneri korang dalam bentuk peta. Ada satu butang yang dipanggil ‘magic wands’ yang kalau korang tekan, akan tunjuk tarikan menarik berdekatan korang.

Selain tu, Google Trip pun ada kumpulkan semua info berkenaan perjalanan korang dalam satu aplikasi. PLUS POINT – ia tersedia secara offline. Jadi kalau korang tak ada data, atau quota wifi sewa korang habis, masih boleh berfungsi.

MERANCANG PERGERAKAN

Google Map

Kalau korang nak jimatkan data, google map dah ada fungsi offline yang mana korang hanya perlu download peta tempat korang nak pergi.

Apa yang kami suka pasal google map ni, dia ada maklumat yang lengkap baik daripada tempat menarik, hotel, hostel, tempat makan, kedai runcit, ATM dan macam-macam lagi yang dia akan tunjukkan.

Korang pun boleh tandakan tempat-tempat menarik dengan google apps ni. Bila sampai lokasi, korang bukak dan ikut sahaja.

 

Grab

Untuk pergerakan ke tempat yang agak jauh, gunalah grab. Setidaknya kita dah tahu berapa cas yang akan dikenakan.

Untuk beberapa negara luar, diorang ada tawarkan motorsikal atau lain-lain kenderaan dalam aplikasi grab ni. Macam contoh, Cambodia ada tuk-tuk. Indonesia ada motor. 

Cas yang dikenakan, boleh kata separuh daripada harga naik kereta.

 

XE Currency

Selain menggunakan google, aplikasi penting yang perlu ada adalah currency converter. Kalau korang jenis tak kisah berapa perbelanjaan korang, tak mengapa, tapi kalau nak berjimat. Elok korang download apps ni supaya korang tak terlebih bajet.

MAKAN

Salah satu masalah yang ramai traveller hadapi adalah nak cari tempat makan. Untuk traveller muslim, semestinya nak cari kedai yang halal selain harga yang berpatutan.

Untuk ini, ada beberapa aplikasi yang akan membantu korang selain daripada google map tadi.

Foursquare

Memang pada awal penubuhan Foursquare ni dia lebih kepada nak ‘check-in’ di sesuatu tempat. Kalau korang ada bukak apps ni sekarang, dah ramai orang yang kongsikan gambar dan review tentang satu-satu tempat, lagi-lagi restoran.

Zomato

Zomato adalah salah satu aplikasi yang boleh dipercayai sebab cara diorang bekerja adalah diorang akan melawat satu-satu restoran berkenaan.

Dekat Zomato ni, ada review, harga makanan dan gambar lah. Cuma, rasanya tak semua negara dia ada. Setahu kami, setakat ini… Australia, Malaysia, Indonesia, Philippines, India.

Foodspotting

Untuk aplikasi Foodspotting ni, dia tak masukkan rangkaian kedai fastfood, jadi korang akan jumpa banyak restoran-restoran tempatan yang sedap. Review pun ada.

Nota Editor : Dalam phone sekarang ni ada banyak aplikasi untuk travel. Antaranya; AirBnb, Grab, Snapseed (edit gambar), TripAdvisor, Google Map dengan currency converter. Selalunya rancang iteneri menggunakan Inspirock, dia akan hantarkan ke email.

TIPS KESELAMATAN UNTUK TRAVELLER PEREMPUAN 

KELANTAN PUN ADA FLOATING MARKET LAH!