Apple Dilanda Masalah Lagi, Kali Ni Disebabkan Cip Pula…

GAYA HIDUP
January 05, 2018 - 03:32 PM


Fuh, lepas satu-satu masalah dihadapi oleh Apple ni. Kalau minggu lepas kecoh berkenaan masalah bateri dan tindakan memperlahankan peranti lama. Kali ini Apple dikatakan berdepan dengan lagi satu masalah melibatkan kesemua produk milik mereka.

Jika anda pemilik Mac dan peranti yang beroperasi dengan iOS, ini anda patut mengemaskini patch secepat mungkin.

Ini kerana, Apple mengesahkan bahawa masalah pada cip mereka menyebabkan kesemua produk Apple berdepan masalah digodam.

Pihak Google dan beberapa pengkaji sekuriti menemukan dua masalah cip iaitu Meltdown yang terdapat pada cip daripada Intel Corp dan Spectre yang menjejaskan kesemua cip komputer yang dibuat semenjak sedekad lepas.

Dalam pada itu, Apple juga dilaporkan sedang berusaha menghasilkan patch terbaru untuk browser Safari pada kesemua iPhone, iPad dan juga Mac.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah mengemaskini sistem operasi kerana ia akan melindungi pengguna daripada serangan Meltdown dan tidak akan memperlahankan peranti anda.

Harapnya Apple cepat-cepatlah selesaikan masalah ini. Kalau tidak, akan ramailah pengguna Apple bertukar ke produk lain dan lebih teruk lagi, pelbagai maklumat penting pengguna boleh sampai ke tangan hackers ni…