Apple Mula Tawarkan Kad Kredit Sendiri – Apple Card



Kalau korang ikut perkembangan Apple, syarikat berkenaan memperkenalkan pelbagai produk teknologi yang berkaitan dengan pengguna. Selain mengumumkan Apple Arcade, perkihdmatan berbayar gaming mereka, Apple nampaknya cuba memasuki pasaran e-wallet dengan memperkenalkan Apple Card.

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan ditujukan khas kepada pengguna iPhone memandangkan ianya terikat dengan aplikasi Apple Wallet yang ada pada iPhone.

Menariknya, pengguna boleh mengakses kad kredit Apple ini tanpa sebarang caj tahunan seperti kebanyakan kad kredit dan tanpa perlu lalui pelbagai proses permohonan.

Difahamkan, pengguna akan menerima ganjaran pulangan mata wang kembali dengan perbelanjaan menggunakan Apple Card ini. Pulangan sebanyak 3% diberikan keatas pembelian dengan Apple seperti di App Store dan Apple Store.

Apple juga menawarkan kad kredit berbentuk fizikal untuk digunakan di lokasi yang tidak mempunyai Apple Pay dan rekaan kad ini sangat eksklusif dan minimalis. Warna putih, tanpa sebarang nombor, kod CVV mahupun tarikh luput. Semuanya tersimpan dalam aplikasi Apple Wallet.

Penawaran ini adalah hasil kerjasama Apple dengan pihal Goldman Sachs dan Mastercard. Berfungsi sebagai kredit kad biasa, cuma segala jenis info disimpan secara digital di Apple Wallet. Jadi, segala transaksi perbankan tersimpan dalam tu, termasuklah penyata, jumlah baki dan lain-lain.

Buat masa ini, belum diketahui sama ada tawaran ini turut disediakan untuk pengguna luar Amerika Syarikat atau tidak.

Sumber | Apple 

Barangan Wajib Ada Sebelum Travel Keluar Negara

Tips Kelselamatan Untuk 'Ladies Traveller'