Apple Perkenal iPhone XS Dan iPhone XS Max – Generasi Baru Apple iPhone

GAYA HIDUP
September 14, 2018 - 02:10 PM


Para peminat Apple rata-rata dah mula berkira-kira untuk upgrade telefon masing-masing apabila Apple memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka semalam.

iPhone XS (sebut : iPhone Ten S) adalah upgrade daripada iPhone X yang direlease tahun lepas. Model Ten S ini hadir dengan skrin 5.8 inci Super Retina OLED panel ye.

Jika mahukan variasi yang lebih besar, Apple juga ada umukkan iPhons XS Max. Hadir dengan skrin yang lebih besar. 6.5 inci Super Retina, turut menggunakan panel OLED. Kalau nak diikutkan, saiznya sama semumpama siri iPhone ‘Plus’. Penambah baikannya adalah skrin pada XS Max ini adalah lebih besar.

Selain itu, salah satu fungsi yang dikekalkan daripada iPhone X yang terdapat pada kedua-dua model baru ini adalah sokongan Face ID. Menurut Apple, sokongan Face ID untuk generasi baru ini adalah lebih pantas kerena mereka menggunakan algoritma baru.

Dikuasakan oleh pemprosesan A12 Bionic yang mempunyai 4-core GPU dan 6-core CPU, iPhone XS dikatakan mempunyai kepantasan 30% lebih baik ketika melancarkan sesuatu aplikasi dan 50% pembaikan pada prestasi GPU.

Dari segi penstoran dan hardware, kedua-duanya mempunyai penstoran sehingga 512GB. Penambahbaikan pada hardware pula, ada IP68 water and dust resistance. Jadi, ia boleh masuk dalam air pada kedalaman 2 meter selama 30 minit.

Dari segi ketahanan bateri pula, iPhone Xs mampu bertahan 30 minit lebih lama daripada iPhone X manakala bateri pada iPhone Xs Max mampu bertahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone X. Ini merupakan bateri yang paling besar pernah digunakan oleh Apple.

Bab kamera pulak, Apple memperkenalkan dual system camera tetapi masih mengambil gambar pada 12MP wide angle dan telephoto pada aperture yang sama iaitu f/1.8 dan f/2.4. Walau bagaimanapun, sensor pada kamera lebih besar dan dapat menghasilkan gambar yang lebih terperinci selain dipadankan dengan True Tone flash.

Apple iPhone XS dan iPhone XS Max turut hadir dengan sokongan dwi-SIM – tetapi ia dilihat terhad untuk pasaran China. Sementara untuk pasaran negara lain, ia hadir dengan gabungan penggunaan SIM dan eSIM.

Melengkapkan kedua-dua telefon pintar ini adalah sistem operasi iOS 12 yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Kedua-dua telefon pintar ini akan dipasarkan bermula bulan ini di beberapa negara pada 21 September nanti. Manakala; Malaysia dijangka menjadi negara fasa ketiga yang menerima kedua-dua telefon pintar ini, dan harga jualannya adalah lebih kurang sama seperti iPhone X sebelum ini.

Untuk pasaran luar, harganya bermula daripada USD 999 sehingga USD1099, terdapat 3 variasi penstoran boleh dipilih. Sama ada 64GB, 256GB atau 512GB.