Asal Usul Hari Bumi Sedunia Dan Bagaimana Ia Membantu Bumi

GAYA HIDUP
April 20, 2018 - 04:22 PM


Earth Day adalah salah satu acara yang melibatkan alam sekitar paling terkenal seluruh dunia. Sebenarnya, sambutannya yang pertama adalah untuk memprotes tumpahan minyak yang berlaku di persisiran pantai California tetapi hari ini, hari bumi sedunia lebih berfokus untuk meningkatkan kesedaran tentang bumi dan ‘kesihatan’nya yang semakin hari semakin teruk.

Pencemaran air, penebangan hutan dan juga ancaman kepupusan hidupan liar adalah krisis yang paling teruk terjejas bila sebut pasal bumi.

Lebih daripada 20 juta orang melibatkan ribuan sekolah dan juga komuniti mengambil bahagian dalam Hari Bumi pertama di Amerika pada 22 April 1970 dan sambutannya yang pertama diwujudkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar US.

Pada tahun 1971, ia dijadikan acara rasmi di peringkat antarabangsa yang mana ulang tahun pertamanya diadakan di New York.

Kalau korang nak tahu,  Hari Bumi sedunia disambut di 192 negara dan kebanyakkan negara meningkatkan kesedaran mengenai bumi, isu-isu dan masalahnya. Caranya mudah, memberikan kesedaran terhadap isu yang melanda rantau mereka sendiri.

Dekat Malaysia, kita pun ada meraikan dengan macam-macam inisiatif. Ada yang buat tanaman semula pokok dan peringkat lebih tinggi adalah sambutan Earth Hour yang dianjurkan oleh WWF. 

Secara individu pulak, kita boleh beri sumbangan dari segi menyumbang kembali kepada bumi. Sebagai contoh, kitar semula, guna semula atau apa sahaja yang kita mampu. Walaupun sumbangan kita kecik, tapi anggaplah itu sebagai penjana perubahan untuk memanjangkan jangka hayat bumi kita.

Jadi, sempena hari bumi yang akan datang ni, jomlah kita buat sesuatu yang bermanfaat. Mungkin kita tak nampak kesannya, tapi anggaplah untuk anak cucu kita nanti.

 

=aj=