Atasi Masalah Kelemumur Anda Dengan Cara Ini…

GAYA HIDUP
October 20, 2017 - 04:11 PM


Kulit kepala anda selalu rasa gatal? Atau ada kulit kepala yang menggelupas pada rambut atau pakaian? Itu adalah tanda-tanda anda mempunyai kelemumur.

Sekiranya anda punyai tanda-tanda diatas, janganlah risau. Kelemumur itu sebenarnya adalah keadaan dimana kulit kepala kita mati dan kering.

Seterusnya ia akan mengelupas secara berlebihan. Tahukah anda yang sebenarnya, kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari…

Antara faktor yang menyebabkan kepala kita berkelemumur adalah :

  • Jarang bersyampu
  • Tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan minyak rambut dan gel terlalu kerap
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Pertumbuhan hormone
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

 

Macam mana nak rawat kelemumur ?

Gunakan syampu anti-kelemumur. Kerana setiap syampu anti-kelemumur ini sebenarnya mempunyai kandungan yang mampu mengurangkan dan juga menghilangkan kelemumur contohnya zinc, salictic, keroconzole dan sebagainya…

Sekiranya kepala anda jenis berminyak, keraplah syampu rambut dan elakkan penggunaan bahan pendandan rambut seperti gel, hair spray dan lain-lain.

 

Hakikatnya, masalah kelemumur ini bukanlah disebabkan oleh faktor kebersihan tetapi kekerapan basuh dan juga sikat rambut tu membantu menyingkirkan kulit-kulirt mati yang ada dikepala kita. Namun begitu, sekiranya masalah anda serius, pergilah berjumpa dengan doktor berhampiran, tak perlu malu. 

Kelemumur ini ada kaitan dengan hormon, bukannya kebersihan. 

 

Sumber | MedicalNewsToday