Awas! PS4 Anda Mungkin Tidak Lagi Berfungsi.

GAYA HIDUP
October 16, 2018 - 03:30 PM


Semasa hujung minggu lepas SONY mendapat tahu dari beberapa gamer mereka yang PS4 mereka tidak lagi berfungsi selepas membuka notifikasi di PSN. Sony telah mengakui masalah ini dan sedang mencari Jalan penyelesaian.

Secara teknikalnya SONY melaporkan bahawa dengan membuka notifikasi ini unit PS4 akan berada dalam “Crash Loop”. Ini menyebabkan system gagal reboot dan berfungsi seperti biasa. Tidak perlu gelabah… sumber dari twitter Playstation UK Support ada memberi solusi untuk mengatasi masalah ini cuma cara nya sedikit melecehkan.

  1. Delete mesej tersebut dengan menggunakan PlayStation Mobile App.
  2. Restart PS4 anda dalam Safe Mode. Kalau tak pasti macam mana click sini
  3. Pilih “Rebuild Database”.

Ini bukan solusi kekal jadi anda perlu tunggu untuk SONY keluar kan Fix. Kepada yang belum lagi terkena baik tukar "Privacy Settings" ke rakan-rakan atau block terus buat sementara waktu.

Kami harap SONY dapat solusinya dengan pantas. Banyak game menarik keluar penghujung tahun ini

Sumber: IGN