"Bagaikan Kiamat" - Penyelamat Terpaksa Korek Guna Tangan, Korban Gempa Bumi Turkiye Melebihi 4,300 Orang

GAYA HIDUP
February 07, 2023 - 05:31 PM


Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong sepanjang malam tadi dalam usaha mencari mangsa yang terselamat daripada runtuhan bangunan akibat dua gempa bumi kuat semalam.

Malah, cuaca sejuk serta salji tebal dilihat menyukarkan lagi usaha mencari dan menyelamat.

Jumlah kematian yang disahkan di kedua-dua negara melonjak melebihi 4,300 selepas gegaran kuat berhampiran sempadan Turkiye-Syria yang terbesar diukur pada magnitud 7.8.

Pasukan tindak balas bencana Turkiye dan Syria melaporkan lebih daripada 5,600 bangunan ranap di beberapa bandar termasuk blok pangsapuri bertingkat yang dipenuhi penduduk yang sedang tidur ketika gempa bumi melanda.

Di bandar Kahramanmaras di tenggara Turkiye, para penduduk menjadi bingung dan tidak dapat menjangka mengenai gempa bumi kuat yang berlaku sebanyak dua kali semalam disusuli gegaran susulan.

“Kami fikir ia adalah kiamat. Itu adalah kali pertama kami mengalami perkara seperti itu,” kata Melisa Salman, seorang saksi yang juga wartawan berusia 23 tahun.

Destination: