5 Cara Untuk "Handle" Netizen Makcik Bawang Bermulut Puaka Zaman Sekarang

GAYA HIDUP
March 08, 2018 - 09:45 AM


Makcik bawang dan Netizen sekarang agak hangat di perkatakan. Masing-masing dah mula menjadi makcik pakcik bawang tanpa kita sedari. Kemana sahaja kita pergi ada sahaja makcik pakcik bawang dalam kalangan netizen ni. Sebenarnya apa maksud makcik pakcik bawang ni?

Menurut pengetahuan aku makcik bawang ni digelar kerana segelintir orang-orang tu dahulu suka bergosip semasa mengupas bawang di kenduri. Tapi kini tradisi tu dah kurang so jadi netizen zaman sekrang memilih untuk membawang di internet. 

Tanpa kita sedari keadaan ini boleh membawa kesan yang negatif sebenarnya. Dalam dunia cyber yang serba canggih ni netizen semakin berani melontarkan kata-kata persi mulut puaka. Ada sahaja perkara tidak kena di media sosial. Indvidu yang paling terkesan adalah golongan selebriti dan juga mereka yang tidak cukup kasih sayang sebagai contoh "gadis cendol" (Sorry ini pendapat peribadi).

Situasi ini kalau berterusan mungkin akan bertambah teruk. 

Bagaimana nak hendle makcik pakcik bawang mulut puaka ni? Secara jujur nak membendung secara total memang susah tetapi kita boleh mulakan dengan individu. Iaitu kita sendiri. Kita pun kadang-kadang laju jer jari ni nak membawang kat media sosial kan.

So ini antara langkah yang kita boleh cuba untuk mengelakkan jadi Netizen Makcik bawang bermulut puaka.

1) Meneliti sepenuhnya tentang perkara yang di dengari dan di baca sebelum laju je melontarkan kata-kata

2) Jaga bahasa dan elakkan provokasi

3) Sebelum berbicara lihat dari segi perspektif orang lain.Ini kerana ianya dapat membantu kita dalam meluahkan sesuatu dengan lebih baik dan memahami. 

4) Positifkan diri agar hati sentiasa tenang dan bersangka baik.

5) Sentiasa berdoa akan kesejahteraan dan sentiasa memaafkan orang lain

Kesan Netizen Mulut Puaka!

Kesan kepada diri sendiri

1) Melemahkan kekuatan dalaman dan keyakinan diri kerana terlalu asyik menanamkan perasaan benci dan sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.

2) Akan mula dibenci orang ramai dan rakan-rakan semakin menjauhi daripada mereka yang terlalu negatif ini.

3) Kata-kata dan komen seolah-olah menjadi Profil Diri dan ini menggambarkan karaktor diri masing-masing. Jika elok kata-katanya, maka eloklah peribadinya, begitu juga sebaliknya.

4) Memperlihatkan betapa rendahnya tahap pemikiran seseorang jika mudah memberi komen tanpa mengetahui atau meneliti sepenuhnya sesuatu fakta itu.

5) Juga memperlihatkan tahap rendahnya kematangan seseorang apabila mudah menghentam bicara seseorang tanpa soal selidik.

Kesan kepada masyarakat

1) Membantutkan penyatuan masyarakat secara sempurna.

2) Membentuk masyarakat yang padat dengan fitnah dan kebencian

3) Kerendahan moral semakin menjadi-jadi.

4) Generasi muda semakin galak mengkritik dan tidak menghormati orang lain.

Namun netizen tetap netizen. Walau apapun cara mereka tetap berani meluahkan kata-kata yang ingin di luahkan. Kerana tidak perlu berdepan dengan situasi yang sebenar. Ibarat melempar batu sembunyi tangan. Gittew... 

-KeN Pakcik Bawang Millenium #donemembawang